Sabtu, 19 Julai 2014

19.7.2014 Salam Ramadhan... Kini tinggal sepuluh terakhir .... Teruslah berusaha mencari malam terbaik dari Seribu bulan malam Lailatulqadar Kita usahlah berputus asa dengan rahmat Allah teruslah berharap dan berharap Moga ada rezeki untuk kita ada disisiNYA Allahu Rabbi.. Peluang dan ruang yang ada digunakan sebaiknya untuk manafaatkan Ramadhan kali ini...

Ahad, 6 Oktober 2013

Nikmat Tuhan Yang manakah Kamu Dustakan???!!!

.Salam ukhwah...
Segala puji bagi Allah s.w.t
Salawat dan salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad hammad s.a.w
Syukur Allah beri nikmat yang tidak terhitung..Nikmat Islam, nikmat iman ,nikmat.kesihatan yg sempurna utk diri,suami, anak2 ibubapa ...Nikmat bahagia ...Ya Allah ..syukur..

17 Zulhijjah 1434 akan datang beberapa hari lagi...Hati ummi sebenar sebak, hiba....tarikh inilah akan melakarkan sejarah..anakanda ummi yang sulung akan pergi merantau..mencari ilmu nun ke Yaman...Pergilah wahai anak..sahutlah cabaran untuk ilmu adalah jihad..Jika ada apa2 yang berlaku di tanahair sepanjang tempoh belajarmu..kuatkan semangat..teruslah JIHAD.Pasti ada tribulasi sepanjang jalan jihadmu.jaga diri jangan terabai tanggungjawabmu...Tentang keluargamu di tanahair ini biarlah ummi dan abi uruskan. Sebenarnya ketahuilah wahai anakku
Ummi bangga memiliki dirimu...
Dalam diam akhirnya acuan yang ummi tetapkan berjaya dituruti...
Syukur Allah beri kekuatan untuk dirimu..tapi masih berbaki lagi..Jaga akhlaqmu..Turuti tanggunjawab orang berilmu...Dengan ilmu sahaja dapat merubah hidup kita...Ketahuilah anakku takala ummi berada di dalam saf solat bersamamu di masjid AsSyarifah
Alangkah bahagianya ummi di alam barzakh nanti kiranya putera ummi  menjadi imam di sini suatu masa nanti sedang jasad ummi bersemadi di tapak persemadian di sebelah Masjid As Syrifah suatu masa nanti...Bahagiakanlah kami wahai zuriatku
Kalian mampu sebenarnya..



Hatiku Bersuara..

Lama sungguh ummi biarkan blog ini usang...
Tidak diceriakan dengan maklumat terbaru.walaupun sekian kalinya kehidupan mesti diteruskan.Jiwa perlu dipupuk dibaja dengan kebaikan  agar sentiasa segar dalam iman..Untuk itu biarlah gambar dibawah ini mengukir seribu satu cerita.....




Ahad, 11 November 2012

Bagaimana Untuk KuKhabarkan.....



(Untuk anak-anakucuba fikir-fikirkan)
Isteriku seorang artis…
Malangnya isterimu seorang artis
Dia sentiasa sibuk, jadualnya padat
Dia tiada masa untukmu

Ada latihan, ada ‘shooting’, ada promosi
Ada ‘show’, ada ‘meeting’, ada ‘dinner’
Tinggallah engkau bersama anak-anak
Malangnya isterimu seorang artis
Ke mana-mana pergi dia jadi perhatian orang
Kalau berjalan bersama,
engkau disangkakan drebar ataupun ‘bodyguard’
Dia lebih sibuk tandatangan autograf
Lebih sibuk membalas ‘hello’ dan lambaian peminat
Daripada mendengar perkataan-perkataanmu


Malangnya isterimu seorang artis
Di mata umum dan di pentas
Wajah dan tubuhnya disolek
Senyumnya tidak putus berjam-jam demi menjaga peminat
Tapi di rumah…
Mana kawan nak ‘make-up’
‘Make-up’ saja sudah satu jam
Padahal dia balik ke rumah hendak berehat
Mana kawan hendak senyum

Kan tadi sudah memaksa senyum dua tiga jam depan televisyen?
Tentulah lenguh otot-otot muka dan minda
Maka buruklah mukanya di rumah
Cantik dan senyumnya untuk orang
Buruk dan letihnya untukmu
Padahal engkau suaminya
Malangnya isterimu seorang artis
Peminat menonton seluruh tubuhnya
Peminat bercerita tentang ‘perhiasan-perhiasannya’

Ada bahagian yang dipuji dan ada bahagian yang dikeji
Padahal suami memiliki kesemua perhiasan isteri
Yang engkau pula, dengan orang ramai terpaksa berkongsi
Apakah engkau tidak terkilan di hati?
Malangnya isterimu seorang artis
Di depan lensa dia berlakon pelbagai watak

Ada watak yang sopan ada watak yang tidak bermaruah
Filem mahukan dia bersentuhan dengan lelaki,
dia kena lakukan
Filem mahu dia berlakon adegan atas katil bersama lelaki lain,
melakonkan watak mama dan papa,
dia kena lakukan
Filem mahu dia beraksi sebagai mangsa yang sedang ataupun cuba dirogol
Dia kena lakukan
Wah, isterimu jadi hidangan ramai rupanya
Malangnya isterimu seorang artis
Wangnya banyak pengaruhnya besar
Dia lebih kaya daripadamu, engkau di bawah telunjuknya
Wang hasil pekerjaannya itu diberi makan anak-anak
Engkau yakinkah halalnya, berkatnya?
Malangnya isterimu seorang artis
Dia pujaan ramai
Anak-anak lebih berbangga dengannya berbanding denganmu
Dialah hero mereka, bukan engkau
Dia dilihat lebih berjaya daripada engkau
Maka anak-anak lebih mendengar cakapnya
Lebih sayang kepadanya
Dia idola mereka
Mereka pun bercita-cita nak jadi sepertinya
Aduh…
Malangnya isterimu seorang artis
Dosanya bertabarruj di khalayak ramai
dia tanggung engkaupun tanggung
Jika dia bertaubatpun suatu hari nanti
Kalian tetap akan berasa terkilan dan tidak senang duduk
Kerana media masih menayangkan filem-filem lakonannya
Lagu-lagu nyanyiannya
Ketika dia tidak menutup aurat dulu.
Anak cucu cicit akan terus melihat aib isterimu
Malangnya…
Isterimu seorang artis

Isnin, 10 September 2012

Nikmat Yang Berterusan

Alhamdulillah.Segala puji untuk Allah.s.w.t. Salawat dan Salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.Sesungguhnya Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Tetapkanlah kami Sekeluarga berada di JalanMU hingga akhir hayat.Amin.

Perjalanan hidup masih diteruskan walau apa keadaan sekalipun. Syukur ummi ke hadrat Ilahi atas tiap sesuatu nikmat yang Allah kurniakan.Tidak terbilang rasanya Ya Allah Tolonglah hambaMu mensyukurinya.sesungguhnya tiadalah kekuatan padaku melainkan kekuatan yang Allah berikan.

Ramadhan  telah berlalu.Syawal pula beransur pergi.Rasanya tahun inilah raya yang lebih bermakna pada ummi.Pada ketika yang sama Allah izin dapat rezeki lebih sikit bolehlah ummi merancang untuk melengkapkan keperluan di rumah seadanya.Demi mensyukuri rezeki yang Allah kurnia sempat juga ummi sekeluarga mengadakan kenduri kesyukuran pada hari raya ke-6.

Syukur juga kerana Allah izin kami sekeluarga dapat kenderaan baru pada 7 September yang lalu...Avanza 1.5E akhirnya berjaya dimiliki.Apa yang ummi niat dan azamkan semoga kenderaan baru nie dapat berfungsi dengan sebaiknya dapat digunakan untuk kerja-kerja Islam dan keperluan keluarga.Bukan apa dah lama sejak anak -anak dah besar susah sangat nak bawa kesemuanya sekali.Dua tahun yang lalu terpaksa berkira-kira nak bawa balik anak ke kampung di Tapah dengan kereta Wira.Kebetulan ayah nyah nak balik Tapah,bolehlah menumpang...Tapi tahun ni tinggal seorang kat Gua Badak sebab kereta dah tak boleh menampung kapasiti!

Solat Hajat,Berdoa dan bersyukur ketika mendapat kereta baru . dapat dijalankan.Waktu beginilah ummi syukur sangat kerana mempunyai suami yang faham agama..Dapat melestarikan apa-apa kehendak agama dalam kehidupan kami. Puas dengan doa supaya hidup diberkati dan perjalanan menggunakan kenderaan ini selamat semuanya.Proses mendapatkan kereta Avanza berjalan lancar.Alhamdulillah.Janganlah adanya perasaan riak dalam dada.Pandu ke liqa Fikr  di Air Kuning pada malam itu sebagai jadual laluan pertama...Kongsi bersama emak dan Abah berkat doa mereka hidup kami diberkati terima kasih emak dan abah.

Rabu, 21 Mac 2012

Kejayaan Berganda


Salam ukhwah…

Segala puji untuk Allah. Salawat dan Salam untuk Junjungan Nabi s.a.w.Segala nikmat yang Allah berikan tidak terhingga untuk kami sekeluarga.Lama benar ummi tidak berblog.sibuk dengan assignment dan tugasan kerja yang makin mencabar..

Hari ini Ummi nak khabarkan pada semua orang betapa gembiranya Ummi.Putera Ummi .Ya Anakanda Ahmad Syakir satu satunya mendapat kejayaan berganda pada tahun ini.

Pertama putera Ummi berjaya merealisasikan hajat ummi dan abi supaya hafal Al Quran sebanyak 30 Juzuk. Pada 28.Januari lalu .Menangis ummi terkedu atas kejayaan ini.Rupanya anak ummi mampu walupun terlewat sedikit…Habis exam SPM barulah habis dihafalnya.Mudah-mudahan terus melazimi ayat-ayat Allah dibibirmu....

Sekurang-kurangnya ummi mampu tersenyum tubuh anak ummi nanti tidak hancur kerana janji Allah penghafal AlQuran Allah jamin jasadnya tidak hancur…Itu perkara pertama yang ummi ingat,walaupun banyak kelebihan lain yang Allah sediakan bagi seorang yang hafal Al Quran.

Hari ini Allah beri berita gembira untuk ummi anakanda Ahmad Syakir berjaya mendapat 9A 1B dan 1C ! Syukur Alhamdulillah.Mungkin berkat doa semua orang Allah beri kejayaan ini.Terima kasih kepada semua guru yang mendidiknya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Ummi tak tau nak kata apa melainkan syukur yang tidak terhingga.Bermula sejarah anakanda pergi ke Maahad Tahfiz Wal Qiraat ada yang pro dan ada yang kontra keputusan ummi ini...Ummi serahkan pada Allah segalanya. Cabarannya bukan sedikit,maklumlah pergi mencari ilmu di tempat yang jauh semuanya perlu berkorban.Hatta semasa pergi mendaftar kali pertama anakanda tidak ummi hantar ke Maahad Tahfiz Pulai Chondong Cuma harapkan anak sahabat hubby yang bertugas sebagai tenaga pengajar di situ sahaja.Kebetulan pada masa itu ummi pergi Mekah menunaikan haji.

Berkorban masa ,wang ringgit dan tempat mengadu.Di samping setiap kali balik menghantar anakanda naik bas air mata ummi tidak berhenti mengalir supaya anakanda ingat pesan ummi jaga diri,jaga maruah keluarga dan jaga AGAMA.Ummi amat takut apa2 yang terjadi pada anak sahabat terjadi pada anak ummi maklumlah ummi jauh di mata.Pernah satu ketika ummi ambil tindakan drastik Tanya ustaz yang terlibat cara lansung mengajar Al Quran macam mana anak ummi di sana.Dan terjadilah apa yang tidak sedap telinga mendengar…sedikit konflik.Tapi ummi pandang inilah harga yang perlu dibayar untuk ummi pastikan anakanda ummi belajar bukan mensia-siakan peluang belajar di sana. Namun segalanya berakhir dengan baik.Alhamdulillah.

Syukur yang tidak terhingga atas kurnia Allah berikan.Satu lagi hajat ummi untuk anakanda laksanakan ialah belajar di bumi berkah Madinah Munawwarah jika diizinkan Allah inilah satu-satunya hajat ummi untuk anakanda supaya dapat dan tamat di sana seterusnya menjadi seorang daie yang menyinari orang lain.Teruskan anakanda sesungguhnya ada sinar yang perlu digapai meneruskan mata rantai perjuangan menegakkan Islam di mukabumi.

Khamis, 19 Januari 2012

Pendidikan anak-anak

Salam Ukhwah

Masa yang berlalu terlalu pantas...Rupanya 18 tahun ummi hidup berkeluarga. Sepanjang tahun yang silih berganti itu kalau tidak diisi dengan bekal yang berguna maka rugilah kita.Sebab itu ummi sentiasa berdoaka supaya Allah kukuhkan IMAN tetapkan diri sentiasa beristiqamah dalam ISLAM dan mendoakan kebaikan bagi anak-anak dan hidup bahagia disamping suami hingga ke akhir hayat..Takut sangat kalau kita lalai memberi pendidikan yang betul pada anak-anak mereka akan dakwa kita di akhirat nanti....Masing-masing nak melepaskan diri masing-masing membuat dakwaan yang bukan-bukan di muka pengadilan nanti.

Ummi bekalkan kalian dengan ilmu agama yang mencukupi dan buatlah pertimbangan yang waras apabila mengambil sesuatu tindakan .Jangan ikut hati nanti mati...Ikut apa agama sarankan pasti selamat disamping segala tuntutan agama dilakukan.Allah akan bersama kita yakinlah anak-anakku.

Setakat ini tiga orang anak ummi telah ummi juruskan dalam bidang agama..teruskan.Biarlah kalian benar-benar mantap dengan ilmu agama sebelum terjun dalam kehidupan sebenar. Ummi tidak kisah kalau kalian tidak menjawat jawatan yang tinggi asalkan bidang agama kalian hebat.Banyak bidang yang boleh diterokai nanti yang penting kalian ummi bekalkan dengan ilmu yang cukup untuk menjadi insan yang sempurna sebagai khalifah di mukabumi.

Ummi ada prinsip sendiri dan tidak dipengaruhi oleh suasana untuk mendidik anak-anak.Anakanda Syakir waktu mula-mula pergi ke Maahad Tahfiz Pulai Condong dulu ada juga yang tidak berapa setuju tapi ada ummi kisah?Yang penting Anakanda dapat hafal Quran 30 juz dan main peranannya bila keluar nanti.Memanglah dari segi pandangan dunia tiada siapa yang setuju...tak glamour tapi kita mesti lihat pandangan Allah.Terus tetapkan azam anak-anak ummi buktikan kepada siapa yang meragukan pendidikan yang mengutamakan akhirat adalah jauh lebih baik berbanding untuk mengejar pangkat dunia...

Cabaran kedua ummi sandarkan untuk Nurul Musfirah...Belajar azahariah dan hafal Quran sekali.Buktikan di situ ada keistimewaan yang tersendiri. Berbekalkan kejayaan dalam PMR yang diperolehi 6A 3B ummi yakin kakak mampu pergi lebih jauh daripada ini...Mukjizat Al Quran itu sentiasa mengiringi mu wahai anak..teruskan dalam pencarianmu...

Anakanda Nawirah,
Cubalah meneruskan tradisi yang ummi mahukan.Ambil kemuliaan Al Quran dan belajar dalam ruh Islam .Ummi tahu Kak Yang mampu melakukan.Semarakkan semangatmu untuk membuktikan kebolehan kita pegang kebahagian dunia dan akhirat seiringan...

Tahun hadapan ummi menunggu supaya Arhamni bakal menuruti jejak kakak-kakak yang terdahulu.Namun semuanya bermula dengan azam dan tekad yang mampan tidak berjaya kalau kita tinggalkan sebagai ANGAN- ANGAN.

Selasa, 17 Januari 2012

Demi sebuah Maruah....

Salam ukhwah
Tahun 2012 datang dengan tenang...Ummi memulakan seperti biasa menguruskan kelengkapan anak-anak untuk ke asrama dan keperluan persekolahan untuk anak keseluruhan . Bermula dengan keperluan kain baju sekolah hinggalah pembayaran yuran yang perlu dilangsaikan seorang demi seorang...Cuma keperluan untuk anak sulung ummi sahaja yang kiv dahulu sebab dia masih meneruskan hafalan hingga habis Januari ini.Jadi budjet untuk dia masih tertangguh.

Cuma ummi dikejutkan dengan ketidakselesaan dengan satu insiden untuk tukar kasut kakak tempohari...Ummi minta sedikit pengertian dari seorang yang bernama suami ...tolong peka dengan apa2 yang ummi lakukan untuk anak-anak.Jangan sampai ummi naik angin satu badan bila bertebung antara pengertian dan pengorbanan..Hanya hubby yang faham apa yang ummi maksudkan.Semuanya settle bila hubby sendiri mengaku bahawa sebenarnya dia silap mengendalikan emosinya pada ketika itu...Manusia semua lemah tiada seorangpun yang tidak melakukan kesilapan.

Sehubungan dengan itu ummi akur pada sebuah ketentuan ...merungkaikan sebuah masalah untuk ummi lebih selesa bertugas...jangan sampai jiwa rasa tersiksa semata takut apa orang lain kata...Baru tadi kawan setugas bertanya untuk apa sebenarnya ummi tukar Nani ke sekolah lain.Ummi hanya berikan senyum hambar...Biarlah tak payah cakap banyak..yang penting ummi selesa mengambil keputusan itu dan yang lebih penting Nani boleh sesuaikan diri tika belajar di sekolah baru.

Nani kena kuatkan semangat belajar dengan tekun sekali gus menjadi taruhan ummi...Kejayaan Nani nanti akan ummi jadikan sebagai bukti bahawa biar pihak sekolah menafikan kebolehan Nani namun untuk berjaya dimana-manapun ada ruangnya.Ummi pernah katakan bukan jawatan pengawas tu yang penting sangat dan tidak menjanjikan untung jutaan ringgit pada ummipun sampai sanggup pihak sekolah buat mesyuarat kemudian guru kelasnya lobi bahawa Nani tidak layak jadi pengawas...Itu adalah sangat keterlaluan.Ummi sendiri sebagai warga sekolah ini dan bukan ummi seorang yang menabur bakti pada sekolah termasuk hubby sendiri sebagai ydp pibg... pelbagai program telah dilakukan..Bukan mengungkit tapi... seolah tak fikir lansung bila ummi diperlakukan seperti ini.

Apa yang ummi nekad sekarang jalankan tugas seperti biasa. Tak payah ambil kisah apa yang tak berkaitan dengan ummi .Apa yang rakan setugas nak kutuk ada ummi kisah?Yang penting ummi jalankan kewajiban dengan amanah.

Isnin, 26 Disember 2011

Hadapi 2012 dengan seribu keinsafan...

Salam Ukhwah,

Usia makin bertambah menjadkan diri kita semakin tua dimamah masa.Lebih kurang seminggu lagi tahun baru akan menjengah diri...Peristiwa demi peristiwa penting dalam hidup seperti kematian ,berjaya dalam pelajaran,perkawinan, sakit ,sihat datang silih berganti.Sama ada kita suka atau tidak begitulah kehendak Allah. Sebagai hamba kita mampu mohon dan terus memohon agar hidup sentiasa diberkati Allah dan berada dalam orbit ISLAM kerana kehidupan yang kekal abadi adalah nun di akhirat nanti.

Sebagai bekalan untuk satu perjalanan jauh nanti persiapkan diri masing-masing supaya tidak merasa rugi nanti.Atau bekal yang kita bawa tidak TERPAKAI samada basi atau berulat....Jom kita perbanyakkan amalan sebagai bekalan itu nanti.Untuk zuriat ummi , jangan tinggal solat tiap masa tentunya kejaaaayaan akan mengiringi kita sepanjang hidup..Walau ummi dah tidak ada suatu masa nanti,jagalah syariat Allah, insyaAllah kita akan ketemu di penghujung nanti.


Statistik dalam media massa hari ini menunjukkan ramai anak muda dah tak ada pegangan hidup bebas dengan kehendak diri sendiri,pergaulan bebas sehingga melakukan seks bebas lansung mengandung dan melahirkan anak.Nauzubillah..janganlah hendaknya terjadi pada zuriat ummi hingga hari kiamat. Jagalah amanah Allah pada diri anak-anak ummi.Takut ummi tengok apa yang terjadi di depan mata,seorang anak pungut dibela dan diasuh sehingga boleh belajar di sekolah yang berprestasi tinggi maktab rendah Mara. dan berjaya menjadi pelajar IPTA Akhirnya bila dah dewasa memaki dan menyumpah seranah ibu angkat begitu sahaja setelah meninggal nya bapa angkat,membawa teman lelaki secara bebas ke sana ke sini tanpa batasan .

Mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan!!!Sampai pada tahap ini apa lagi nak di kata? Nasi dah jadi bubur..Kita dah tak mampu ubah masa lagi.Maruah tergadai begitu sahaja rebahnya maruah diri wanita pada nafsu yang tidak berkesudahan.menangislah hingga air mata DARAH sekalipun putaran kehidupan tidak mampu diubah...Sejarahnya tetap dicalit dengan kehinaan...Jauhilah anak-anak ummi jalan-jalan ke arah ZINA sesungguhnya ianya adalah dosa BESAR!


Ada jalannya kalau seseorang itu tidak mampu membendung nafsu.agama meletakkan perkahwinan supaya tersusun cantik salur galur zuriat,jangan melewati batas agama.Takutlah pada Allah dengan sebenar-benar takut wahai anak cucuku....Sebab itu apa juga keputusan untuk hidup atas mukabumi ini agama jadi panduan nescaya selamat dunia dan akhirat.

Ummi sentiasa berdoa agar nak-anak ummi terpelihara IMANnya dan mendapat jodoh yang baik suatu masa nanti dan didiklah anak-anak kalian pula dengan jalan AGAMA supaya kita dapat berkampung di akhirat nanti BERSAMA-SAMA.Ya... pasti sebab itu janji ALLAH :)D


Wahai anak renung-renungkan...

...Apabila Ibu Boleh Memilih...

Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.

Anakku…
Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan,Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.Saat itulah…saat paling membahagiakanSegala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.

Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,
Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang sangat berharga,
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,Tetapi anakku…Hidup memang pilihan…Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

Ahad, 18 Disember 2011

Berjaya Menempuh Tahun Pertama Di OUM

Salam Ukhwah..
Alhamdulillah segala puji bagi Allh swt. Salawat dan salam untuk Baginda s.a.w.
Syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat yang Allah kurniakan...atas segala nikmat di mukabumi ini.Terutamanya nikmat IMAN dan ISLAM !

"Ya Allah berilah kekuatan untuk aku jalani sebagai hambaMU yang sentiasa bersyukur..."

Tahun 2011 makin menuju ke penghujungnya. Cuti pada kali ini ummi rasa sungguh sibuk dengan persediaan untuk peperiksaan semesta ke tiga...Macam biasa killer subjek tu ummi tempuh juga..Bagi subjek lain okaylah...Apa-apapun redah ajer lah.Dalam pada sibuk nak periksa tu sempat juga pergi Kelantan urus barang-barang anakanda Syakir untuk di bawa pulang...Singgah sebentar di Wakaf Che yih untuk cari barang-sekolah anak-anak untuk tahun depan.

Balik dari Kelantan ummi ikut hubby ke Sg. Petani dan singgah rumah sahabat sejati,Mega.Lama betul tak jumpa bila ada kesempatan macam ini ummi gunakan.Hubby pergi ceramah di Tikam Batu, ummi tunggu di rumah Megawati. apa lagi kami berbuat panjang hilang rindu setahun!

Isteimewanya hubungan kami kerana dibatasi dengan kejujuran dan keikhlasan!Disokong oleh kedua-dua suami yang memahami...Terima kasih Tok laki! Memang payah nak cari kawan baik apalagi zaman sekarang ni.Kami berkawan sampai mak sekali berkawan...Makcik Jariah memang sinonim dengan ummi...Bila jumpa dengan emak ummi kami seronok sekali berbual panjang...Harap2 perhubungan ini berpanjangan tanpa mengenal batas waktu...

Balik dari Sg. Petani,hubby ajak pula pergi Penang.Berehat panjang betul kali ini fikir ummi.Layan aje lah...Dua hari di Penang bersamaan 9 dan 10 Muharram! Alhamdulillah sempurna juga puasa dua hari kami walaupun pergi bercuti...

Lepas balik dari Penang itulah ummi baru pulun study...Pada peringkat umur macam ini tak lalu banyak manapun study walaupun ada masa dan anak tak ganggu kita sebab mereka dah besar...Terima kasih juga untuk anak-anak kerana mereka memahami..kekadang boleh juga disuruh tolong picit kepala ummi yang tak tentu masa sakit.Layanlah kerenah belajar pada usia yang sebegini.

Cuti kali ini ummi berkesempatan menghantar kak Yang ke Kem Tahfiz Darul Huffaz.Nampaknya dia suka sebagai persediaan untuk kelas Tahfiz di Sekolah Taayah nanti. Harap dapatlah peluang di sekolah Taayah untuk meneruskan cita-citanya. Walaupun kosnya agak banyak juga syukur ummi dapat juga hantar Kakak sekali untuk 'gilap' hafalan dia yang dah dihafal semasa di Taayah.Semoga kalian tahu tuntutan sebagai penghafal Al Quran suatu masa nanti. Tanggungjawab ummi menyediakan jalan...yang nak usahakan diri kalian sendiri...Teruslah berusaha.Besar pahala orang yang menghafal Al Quran..Allah mudahkan tugasan lain kita,percayalah!

Keputusan PMR tidak lama lagi..ummi juga teruja nak tahu apa sebenar pencapaian Nurul Musfirah..TUNGGU....



Isnin, 21 November 2011

Majulah Wahai anakku.


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan pemurah.

Keputusan UPSR sudah lima hari keluar.Ummi begitu teruja untuk mengetahui awal keputusan K.Yang.Namun tak upaya. Sebelum ummi pergi sekolah ,satu persoalan timbul ummi ajukan kepada Abi.Bagaimana kiranya Kak yang tak dapat 5A? Memanglah hajat ibubapa begitu tinggi...Tapi kalau Allah dah tulis rezekinya hanya 4A 1B redha sahaja .Begitulah antara lain Abi memberikan pendapat. Lagipun UPSR bukanlah penamat jika dibandingkan dengan banyak exam lain lagi yang akan ditempuh.Pada hari keputusan diumumkan K.Yang tidak berada di sekolah sebaliknya mengikuti program RIMUP peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur.Ummi yang mundar mandir menghilangkan keresahan menunggu...Namun bagai dijangka ummi pasrah menerima segalanya.Sebak juga di dada. Tika anak rakan sekerja meraikan kegembiraan ummi terkedu menerima bahasa isyarat dari guru data..Hanya 4A1B! sah.Ummi menjangkakan B ialah bagi matapelajaran Bahasa Melayu..Setelah disemak rupanya Sains.

Dua orang anak ummi Allah dah beri rasa bagaimana berjaya mendapat 5A ...Allah beri rasa bila berjaya mencapai TARGET.Tapi hari ini Allah beri rasa pula bagaimana perasaan jika tidak seperti yang dihajati. Moralnya ummi dapat faham bahawa tiap anak Allah kurniakan kelebihan masing-masing.Seorang lebih dalam bidang ini mungkin kurang dalam bidang lain...Yang pasti ummi kena PASTI kan supaya tidak ketinggalan dalam bidang agama.Majulah kalian untuk menjadi cemerlang dalam menjadi seorang HAMBA ALLAH yang patuh. Kejayaan hakiki pada pandangan ALLAH ialah seorang hamba yang mampu mengamalkan perintahNYA.Apapun TAHNIAH untuk anakanda.Teruskan belajar hingga peringkat yang lebih tinggi :)

Menjadi anak yang patuh dan taat pada ibubapa dan Hamba yang bersedia mengerjakan amalan soleh tanpa banyak berhujah.Itu yang penting!Teruskan langkah anakku.Kalianlah menjadi galang ganti ummi jika ummi sudah tiada lagi di mukabumi ini.Inilah fitrah kehidupan. Ummi akan kecewa jika kalian gagal menjadi anak yang SOLEH dan SOLEHAH.Berusaha mencapai apa yang diCITA tapi mesti berada dalam ORBIT Islam. Jangan lari dari garis pandu yang Allah tetapkan.Ikutlah Al Quran dan Sunnah pasti selamat.

Isnin, 14 November 2011

Ya Allah Janganlah Engkau Biarkan Aku Berlebih-lebih Hal Keduniaan.

Bermula dari mana Ummi tidak tahu nak khabarkan...Pening seketika bila Allah hadapkan ujian kecil ini.Dimana silapnya bila ummi mohon untuk Nani supaya jadi pengawas jer...Oleh kerana guru kelas  Nani ada dendam pada ummi,akhirnya nama Nani dicicirkan..Bila mesyuarat pemilihan pengawas ummi  cuba buka mulut supaya nama Nani dipilih untuk jadi pengawas sekolah dengan alasan kalaulah ada rezeki bila result upsr baik nanti bolehlah minta sekolah berasrama dan markah kepimpinan diberi atas nama jawatan yang dipegang...Lagipun ummi dah janji dengan Nani bila peperiksaan akhir tahun baik ummi akan syor namanya supaya jadi pengawas pada guru kelas...Tapi rupanya skripnya berlainan...


Ummi terkejut dengan alasan guru kelasnya yang sengaja cari alasan supaya nama Nani dicicirkan iaitu Nani tak hormat dia sebagai guru kelas walaupun keputusan 4A 1B !
Pada ummi cikgu tuu sengaja cari alasan! Dari sikap dia yang ummi kenal suka menengking  budak walau ibubapa ada di depan mata,kalau benar Nani tak hormat dia dan keluar kelas ikut suka hati dah lama Nani kena dengan dia...Tak  profesional lansung !..sebab tak suka orang tu kita kenakan anak itu sudah melampau...
Tak kemanapun kalau kita amal sikap macam ni.Kitapun ada anak apa kata anak kita orang buat macam tu??
sementara itu semua guru yang mengajar Nani kenal siapa anak murid mereka yang bernama Arhamni.Ummi bukan nak  puji anak dan bukan dari golongan itu...Kalau benar nani ada masalah disiplin ummi sebagai gurupun tak sarankan nama Nani...buat malu sahaja.
Susah-susah sangat Nani tak payah jadi PENGAWAS.Tak kemanapun...Lagipun jauh di sudut hati ummi semua  anak ummi akan ummi hantar sekolah agama..Tak berguna manapun markah jadi pengawas tuu.Kakak tak jadi pengawaspun boleh berjaya... Cuma bila bertembung dengan sikap guru kelas yang ego seperti itu ummi rasa terCABAR !Biar aku lawan sampai  dapat..geram.. ! Itu kalau ikut nafsu marah...Ending cerita ummi belum tahu lagi..terserah pada jawatankuasa pemilihan pengawas esok!! Kita lihat apa keputusannya nanti

Sabtu, 12 November 2011

Mencabar Ego Seorang Guru

Bismillah....
Salam ukhwah yang berpanjangan...
Mendidik adalah rutin hidup ummi sepanjang zaman.Namun rupanya sistem pendidikan yang pincang tidak mampu memenuhi sempurnanya pendidikan untuk anak-anak yang berada pendidikan arus perdana.Oleh kerana itu tidak hairan kita lihat dan dengar hari-hari di kaca tv keruntuhan moral yang membarah di kalangan anak-anak...Susah sangat nak didik anak-anak didik sebab apa? Ada tangan-tangan yang membangunkan nilai yang baik,ada juga   tangan yang berusaha meruntuhkan nial yang ditanam....
Tengok sahaja apa yang ummi sendiri alami baru-baru ini di sekolah.
Program Kem solat Bestari dijalankan untuk murid-murid pada hari khamis...Semua guru yang terlibat dikerahkan supaya gembeling tenaga untuk mengajar  cara solat,bacaan dalam solat,cerita tentang solat jenazah,takut pada mati...


Keesokannya pula Hari kanak-kanak berlansung.
Murid dihidangkan dengan Tarian Bolywood,Nyanyian dan sebagainya...
Apalah sangat ummi nak tegur perkara lagha tu...Cuma hati ini merintih sendiri.Tapi sempat juga ummi tegur budak tahun 6 tu,pakaian mereka yang menjolok mata tolong tukar...Macam tak belajar agama kat sekolah!
apa peranan guru agama di sekolah? Lari jauh-jauh dari konsert tu?!Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya?
Itu baru satu peristiwa .Banyak lagi yang kita tak mampu menongkahnya...

Isnin, 7 November 2011

Buah Hati UMMI,


Kini Ummi begitu nampak jelas...Buah kepada AMAL adalah akhlak yang terpuji...Buah kepada solat setiap hari ,kita akan melakukan perkara-perkara maaruf...Kalau kita tak jaga SOLAT  kita akan terdedah dengan maksiat....Tidak boleh tidak jaga Solat kita...Laksana di awal waktu...InsyaAllah solat akan jaga KITA dari terjebak  pada perkara mungkar....INGAT sampai bila-bila...Peristiwa yang berlaku satu demi satu tika ummi membesarkan kalian pahit untuk ditelan...Namun kupunya hati,apa daya Ummi,ujian hidup tika membesarkan kalian kena ditempuh jua....Janganlah anak-anak Ummi terjebak dengan hasutan Syaitan yang durjana...Selagi hidup ummi dapat kepung kalian ,jaga kalian supaya tidak tersasar dengan fitnah dunia~


"Ya Allah peliharalah zuriatku...dari fitnah dunia...Kampungkan kami bersama Rasulullah di akkhirat nanti. Ampuni dosa anak-anakku Ahmad Syakir Nurul Musfirah,Nawirah, Arhamni dan Nur Salsabila  "