Rabu, 21 Mac 2012

Kejayaan Berganda


Salam ukhwah…

Segala puji untuk Allah. Salawat dan Salam untuk Junjungan Nabi s.a.w.Segala nikmat yang Allah berikan tidak terhingga untuk kami sekeluarga.Lama benar ummi tidak berblog.sibuk dengan assignment dan tugasan kerja yang makin mencabar..

Hari ini Ummi nak khabarkan pada semua orang betapa gembiranya Ummi.Putera Ummi .Ya Anakanda Ahmad Syakir satu satunya mendapat kejayaan berganda pada tahun ini.

Pertama putera Ummi berjaya merealisasikan hajat ummi dan abi supaya hafal Al Quran sebanyak 30 Juzuk. Pada 28.Januari lalu .Menangis ummi terkedu atas kejayaan ini.Rupanya anak ummi mampu walupun terlewat sedikit…Habis exam SPM barulah habis dihafalnya.Mudah-mudahan terus melazimi ayat-ayat Allah dibibirmu....

Sekurang-kurangnya ummi mampu tersenyum tubuh anak ummi nanti tidak hancur kerana janji Allah penghafal AlQuran Allah jamin jasadnya tidak hancur…Itu perkara pertama yang ummi ingat,walaupun banyak kelebihan lain yang Allah sediakan bagi seorang yang hafal Al Quran.

Hari ini Allah beri berita gembira untuk ummi anakanda Ahmad Syakir berjaya mendapat 9A 1B dan 1C ! Syukur Alhamdulillah.Mungkin berkat doa semua orang Allah beri kejayaan ini.Terima kasih kepada semua guru yang mendidiknya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Ummi tak tau nak kata apa melainkan syukur yang tidak terhingga.Bermula sejarah anakanda pergi ke Maahad Tahfiz Wal Qiraat ada yang pro dan ada yang kontra keputusan ummi ini...Ummi serahkan pada Allah segalanya. Cabarannya bukan sedikit,maklumlah pergi mencari ilmu di tempat yang jauh semuanya perlu berkorban.Hatta semasa pergi mendaftar kali pertama anakanda tidak ummi hantar ke Maahad Tahfiz Pulai Chondong Cuma harapkan anak sahabat hubby yang bertugas sebagai tenaga pengajar di situ sahaja.Kebetulan pada masa itu ummi pergi Mekah menunaikan haji.

Berkorban masa ,wang ringgit dan tempat mengadu.Di samping setiap kali balik menghantar anakanda naik bas air mata ummi tidak berhenti mengalir supaya anakanda ingat pesan ummi jaga diri,jaga maruah keluarga dan jaga AGAMA.Ummi amat takut apa2 yang terjadi pada anak sahabat terjadi pada anak ummi maklumlah ummi jauh di mata.Pernah satu ketika ummi ambil tindakan drastik Tanya ustaz yang terlibat cara lansung mengajar Al Quran macam mana anak ummi di sana.Dan terjadilah apa yang tidak sedap telinga mendengar…sedikit konflik.Tapi ummi pandang inilah harga yang perlu dibayar untuk ummi pastikan anakanda ummi belajar bukan mensia-siakan peluang belajar di sana. Namun segalanya berakhir dengan baik.Alhamdulillah.

Syukur yang tidak terhingga atas kurnia Allah berikan.Satu lagi hajat ummi untuk anakanda laksanakan ialah belajar di bumi berkah Madinah Munawwarah jika diizinkan Allah inilah satu-satunya hajat ummi untuk anakanda supaya dapat dan tamat di sana seterusnya menjadi seorang daie yang menyinari orang lain.Teruskan anakanda sesungguhnya ada sinar yang perlu digapai meneruskan mata rantai perjuangan menegakkan Islam di mukabumi.

Tiada ulasan: