Isnin, 3 Oktober 2011

Stress Peperiksaan...

UPSR telah berlalu...Nawirah berjaya mengharunginya. Terserahlah apa jua pencapaiannya. Ummi tetap doakan yang TERBAIK untuknya...Apa - apa keputusan pada November nanti terimalah dengan Redha...

Hari ini debaran kedua pula Nurul Musfirah akan mengambil PMR.Buatlah dengan cara yang terbaik. Hasil yang diperolehi nanti adalah apa yang Kakak lakukan sepanjang tiga tahun berada di Taayah. Kemampuan yang kita sebenarnya terjawab apabila keputusan digenggam nanti.amanat terakhir banyakkan doa supaya Allah mudahkan segala gerak kerja kita semasa menjawab soalan nanti.

Hari ini juga ummi akan menjenguk putera sulung ummi di Kelantan. Memberi sokongan moral untuk terus belajar demi SPM yang kurang lebih akan menjelma sebulan lagi.Inilah kehidupan....Memberi seberapa banyak sokongan untuk anak-anak.Tolonglah wahai anak-anakku untuk hidup di atas muka bumi ini bukan sahaja akan menghadapi peperiksaan yang besar pada pandangan kita...Sebenarnya lebih daripada itu...Kita bukan hanya patut berjaya di dunia tetapi di akhirat yang lebih PENTING.

Kejayaan yang hakiki sebenarnya kita dapat menjadi insan yang soleh dan solehah.Jaga diri dari hasutan syaitan tidak terjebak dengan perangkap syaitan pada setiap langkah kita melayari hidup ini.

Oleh sebab itu ummi ingatkan setiap masa akhlaq mulia perlu diamalkan setiap masa.Itulah sebenarnya buah IMAN . Risau ummi meninggalkan zuriat di mukabumi nanti anak yang engkar perintah ALLAH. Ummi terasa untuk berpesan untuk kesekian kalinya ini kerana takut tidak mampu meninggalan pesanan jika tetiba ajal datang....Seperti yang berlaku kepada dua pupu ummi yang meninggal semalam....Sedih,pilu,namun janji Allah tetap nyata..sampai masa kan pergi jua walau diruntun tangisan anak-anak.

Ya Allah kampungkan kami sekeluarga di akhirat nanti bersama kekasihMU.Jangan Engkau pisah-pisahkan kami....Bersama di dunia Bersama di Akhirat.

Tiada ulasan: