Rabu, 12 Oktober 2011

Ujian Rumahtangga Teman

Detik waktu yang pergi terus menerus bertukar ganti...Rupanya inilah tahu ke 18 Ummi melayari bahtera perkahwinan. Cepat betul masa berlalu tidak terasa sangat begitu lama menjangkau dua dekat pelayaran bahtera perkahwinan ini. Bukan apa mengenang cerita-cerita benar yang dibaca masing-masing antara kita mempunyai sejarah perkahwinan yang tersendiri...

Sahabatku Ita,
Peristiwa sedih yang dirimu lalui sememangnya mengejutkanku..Tak sangka dalam usia yang begini rupanya kau lalu juga peristiwa sedih bagi seorang yang bergelar wanita...Hampir-hampir tenggelamnya bahtera perkahwinanmu mengajak aku berfikir apakah aku sendiri bersedia menghadapi saat -saat getir seperti itu?

"Ya Allah jauhilah aku dari ujian berat seperti itu atau seumpama dengannya...Aku tidak kuat untuk berhadapan dengannya."

Tolonglah suamiku jujur dalam setiap perkara untuk sama-sama kita menuju ke alam yang kekal abadi.Janganlah hendaknya dalam perjalanan yang sama-sama kita sepakati ini ada unsur belot....antara satu sama lain.

Cukuplah segala peristiwa yang sama-sama kita lihat pada pentas dunia ini dijadikan sebagai sempadan dan panduan buat kita.Biarlah hendaknya kebahagian dunia dan akhirat yang kita idamkan dinikmati BERSAMA .

Ummi percaya setakat ini atas kejujuran Hubby.Sama-sama kita jaga ANUGERAH ini.

Tiada ulasan: