Isnin, 5 September 2011

Raya 2011/1432H

i
Selamat Hari Raya...Pejam celik pejam celik rupanya raya dah masuk hari ke 7!Begitu cepat masa berlalu.Kali ini ummi beraya macam orang lain juga...Balik raya kat kampung macam biasa lepas tu raya ke dua dah balik Ipoh. anak-anak makin membesar,kereta wira antik tu agaknya tahun nie aje boleh memuatkan kapasiti 7 orang...masing-masing dah besar panjang. Bersempit-sempit untuk pergi Tapah ...Nasiblah tunggulah rezeki dari langit dapat kereta yang lebih selesa lagi. InsyaAllah.

Raya ketiga ingat hati nak beraya balik ke Lenggong selepas beraya di rumah kak Kiah...rupanya tak kesampaian..Sesudah sampai kat kuala Kangsar baru teringat ayam yang dibawa keluar dari freezer tinggal begitu sahaja..apa lagi patah balik ke Ipoh.Nasib jalan lama ke Ipoh tak "jem" kalau tidak jenuh hubby marah tak kesudahan..


ii
Sebagai seorang mahasiswa oum ummi menjalankan sekali lagi menjalani exam...dalam bulan puasa.Punyalah mengantuk bila study.Betul-betul tercabar exam kali ini.Inilah dikatakan pengalaman...Diredah jua segala halangan ini.Habis exam lega betul rasanya baru ada mood nak raya.

Sebelum itu pada 15 Ramadhan yang lalu ummi sekali lagi menghantar hubby ke KLIA untuk ke GAZA kali yang ketiga.Peri kali ini menaiki kereta Pak ya lalu berbuka puasa di Concorde Inn.Alhamdulillah Hubby berjaya dalam misinya .Pulang pada 24 Ramadhan yang lalu dengan selamat.Alhamdulillah.Ramai orang tanya kenapa ustaz tak jemu pergi GAZA...apa jawab ustaz..Gaza adalah jantung hati saya...Pada ummi pergilah bermusafir selagi Allah beri kesihatan yang sempurna...


Tinggal syawal yang masih berbaki marilah kita pakat-pakat puasa untuk mendapat ganjaran berpuasa sepanjang tahun dengan berpuasa enam hari di bulan syawal.Moga-moga segala kebaikan di terma Allah.

Tiada ulasan: