Jumaat, 13 Mei 2011

Terima kasih Tuhan Kerana memanjangkan usia Emak...

Salam Perjuangan.

Tahun ini ramai pula ummi dengar cerita rakan setugas kehilangan ibu bapa..Mereka pergi meninggalkan alam dunia ini. Maka berbagailah versi cerita takala saat-saat akhir nafas di hembusakan. Ya Tuhan saat seperti itu akanku lalui juga nanti. Mati adalah kemestian.Kalau tidak mereka meninggal dahulu, tak mustahil ummi pula yang pergi dahulu meninggalkan dunia ini...

Saat dan ketika ini ummi ada lagi emak dan abah untuk berkongsi gembira dan sedih.Jasa mereka tak ternilai pada kehidupan ummi. Mereka telah dengan bersusah payah membesarkan ummi hingga ke hari ini.Dan ummi masih ingat walaupun dalam kesusahan hidup semasa kecil di kampung mak dan abah cuba mencukupkan sekadar termampu keperluan kami adik beradik.

Dari berada di rumah yang kecil dan kami bahagia hidup dengan abah dan mak.Walau makan ikan sardin corot dan ikan tamban sebagai menu harian kami mak dan abah telah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya pada kami.
Terima kasih mak dan Abah......

Selamat Hari Ibu....Kasihmu sentiasa dikenang.

Tiada ulasan: