Khamis, 12 Mei 2011

Era Baru Episod Belajar di Alam Maya

Salam Perjuangan!

Menjadi seorang pelajar ketika umur mencecah 43 tahun memerlukan pengorbanan yang besar pada diri ummi. Dari dahulu lagi semangat untuk belajar memang membara kat dalam diri cuma peluang untuk berbuat demikian tak ada.Mungkin pada saat dan tika ini adalah masa yang terbaik dan sesuai untuk ummi BELAJAR untuk sekeping kertas yang bernama ijazah !

Bermula dengan pendaftaran pertama ummi melangkah dengan penuh yakin aku mampu-lnsyaAllah.Sehinggalah kini 4 kali tutorial telah berjalan dengan jaya dan tinggal satu lagi kelas ummi akan menduduki exam...

Ceritanya pada minggu akhir menghantar tugasan kalut sangat...Tak biasa dengan cara yang dah lama tinggal..ummi bangga juga kerana dapat ikut rentak OUM...
Cara belajar kat sini ada tiga cara.Pembelajaran diuruskan sendiri dengan membaca modul yang dibekalkan,interaksi bersemuka. dua minggu sekali jumpa tutor dan pembelajaran dalam talian .Ummi kena merujuk kepada myVLE untuk mendapat pelbagai maklumat pembelajaran.
Banyak gunanya kalau kita tahu layari internet untuk capai pelbagai pautan...

Proses pembelajaran ummi ada hubungkait dengan cara menanggani stress ketika belajar. Memanglah hidup sebagai suri rumah, pekerja awam, dan sebagainya berhadapan dengan stress. Bijak kita menanggani maka mudahlah mengatasinya...Caranya ialah Rileks apa-apa halpun.Jangan terburu-buru bila melakukan sesuatu. Fikir dengan waras dan buat pertimbangan wajar.
Peruntukan masa bersenam agar dapat kita luahkan ketika bersenam...Yang ni ummi masih belum amal lagi...ada masa nak tidur ajer tak baik untuk kesihatan!
ummi kena maklum balas secara positif setiap tugasan yang diterima. Beri reward bila dah berjaya siapkan tugasan. anak-anak ummi ada menolong bila? emm bila datang penyakit sakit kepala bersangatan...Terima kasih Kak Yang,Nani dan Salsabila...Alhamdulillah kecil-kecil tolong picit ummi...

Waktu begini ummi kena rehat sekejap dan lupakan segala tugasan.ambil makanan seimbang minum susu kambing..biar dapat kekuatan baru untuk belajar.Belajar untuk bergembira.
Ya..senbenarnya menurut abi waktu kita belajar nie segala makhluk yang melata dibumi mendoakan kita...Ada satu kisah untuk dicontohi seorang hamba Allah tu waktu nak exam selalu pi pasar beli ikan dan beri pada kucing-kucing kurap...sesungguhnya kucing itu nanti akan mendoakan untuk dirinya...Subhanallah! mampukah ummi melakukannya...

Ummi kena hadapi segala masalah belajar secara kolektif .Tak perlu sendirian.kongsi dengan ahli keluarga,kongsi dengan rakan sekelas,kongsi dengan anak...Kemudian kenalpasti sumber utama untuk membuat rujukan....selain daripada matlamat ummi kena realistikSentiasa semak tugasan yang perlu disiapkan dengan merancang sebaik mungkin masa yang mencukupi untuk setiap tugasan

Ummi kena belajar menerima kegagalan dengan sebik mungkin.Ummi kena uji diri.Berbincang dengan tutor tentang markah yang diperolehi untuk mendapat markah yang lebih baik....

Ummi nyatakan stress yang akan dialami dan cara menanggani agar menjadi sebagai panduan untuk anak-anak atau untuk (cucu-cucu) ummi nanti bila berada di manara gading... Belajar jangan tak belajar..

Kegelisahan mungkin akan muncul ketika kita belajar.Itu normal.ada caranya iaitu relaks,belajar cara kumpulan,tetap masa untuk belajar,pasti nota2 lengkap,Biasakan diri dengan tempat belajar dan ketahui tahap kita ke arah mana TUJUAN.

KEGELISAHAN juga berlaku ketika exam makin hampir.Sterss berlaku di dewan peperiksaan.Untuk atasinya guna petua yang OUM bagi nie...






  • Tepati masa



  • atur jadual kerja



  • Jauhi dari kawan yang kuat gelisah



  • Bekerja ditempat yang selesa



  • Minta penjelasan juka tidak



  • Lihat kehadapan



  • Relaks






Harap-harap ummi dapat ingat cara menanggani stess ni dan boleh jawab waktu exam pada 29 Mei nanti.InsyaAllah. Takbir.

Tiada ulasan: