Jumaat, 18 Mac 2011

Peranan ahli Masyarakat.

13 Mac 2011 menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah hidup ummi...Rumah yang baru setahun empat bulan ummi sekeluarga huni berjaya ummi adakan MAJLIS ilmu. Berkat kerjasama sahabat ummi Ustazah Munirah.Lama benar ummi tak sempat buat majlis seperti ni. Memang cita-cita ummi sebelum membina rumah ini lagi.Ummi bercadang rumah ini akan dijadikan pusat mengembangkan ilmu bagi masyarakat setempat.Biarlah dimanafaatkan.
Tenaga pengajarnya hubby ummi sendiri.Inilah amal kebajikan yang boleh ummi lakukan demi membaiki masyarakat setempat.

Penyakit masyarakat dewasa ini telah menuju ke tingkat yang amat parah.Masalah buang anak di sambut dengan hubungan lelaki dan perempuan yang tiada sempadan,ragut dan,rempit,samun pecah rumah, rogol ,bunuh,belum lagi dicampur dengan masalah murtad...
Mana jaminan masyarakat rabbani??!!

Tidak hairanlah jika sekiranya Allah turunkan bala atas setiap dosa yang dilakukan....
Yang menjadi kebimbangan ummi semua penyakit masyarakat ini akan turut kita rasai tempiasnya pada kita...ahli keluarga kita,anak-anak kita....sebab itu kita kena faham tanggungjawab sebagai ahli dalam masyarakat.

Seminggu yang lalu tsunami dan gempa bumi melanda Jepun.sungguh tragik sekali peristiwa itu.Subhanallah ! Allah mampu menjadikan tiap sesuatu. Atas rasa insaf kita patut menjadikan peristiwa di depan mata ini pengajaran penuh bermakna .Yang tinggal hanya sisa...Kapal hanyut tanpa nakhoda ,berpusing-pusing ,rumah,gedung logi nuklear terbakar dan meletup...gambaran kiamat yang dasyat berlaku....
Ya Allah sungguh menakutkan..

Tazkirah hubby pada kali ini mengajak kita sama-sama fikir sejauh mana bekalan kita ke Akhirat nanti boleh digunakan....
Ummi tertarik misalan yang hubby berikan:

Kalau kita ingin pergi ke satu destinasi yang jauh.Kita mesti bawa bekal.Bila dah sampai satu persinggahan kita bukalah BEKALAN yang dibawa..Namun alangkah malangnya kita jika bekalan yang dibawa tadi semuanya BASI!!! Hampanya kita ketika itu...Dahlah tak ada duit lagi untuk beli makanan lain...

Cuba bayangkan bila kita bertemu Allah nanti,kita bawa bekal untuk mengadap Allah dengan solat,puasa,haji, amal jariah namun semua nya BASI dan TERTOLAK ! Kerana tidak cukup syarat....Alangkah ruginya kita ketika itu.Kemanakah ketika itu kita akan minta pertolongan.

Benarlah seperti pendapat Dr. Harun Din di Masjid lama Gopeng yang lalu...Susah senang di dunia masih ada orang untuk menolong tapi susah di akhirat siapa yang akan menolong ??Minta pahala kita lagi ada la...anak, suami.sahabat handai, semuanya akan mendakwa kita untuk melepaskan diri masing-masing !

Allahu Akbar ! Bagaimana nasib kita ketika itu...

Tiada ulasan: