Isnin, 23 Mei 2011

Trip ke Gua Tempurung










Sambutan Hari guru Tahun 2011 meriah juga dengan pelbagai aktiviti dianjurkan kelab Guru SK.Tasek.Cuma kekangan masa yang menghantui Ummi,tak dapat ikut semua program yang dianjurkan.Hari guru kukur kelapa,tuju selipar getah...memeriahkan suasana. Geng ummi dapat nombor dua kukur kelapa.Walaupun kukur tu ada masalah sedikit menang juga kami...seronok!Lepas tention untuk exam nanti...27 Mei nanti.

Hari Sabtu yang lalu Ummi berbelah bahagi nak ikut atau tidak Trip ke Gua Tempurung...anak-anak dah teruja sangat nak pergi.Kesian juga kalau tak pergi.Lagipun Ummi nak juga cuba pengalaman baru nie. Sampai masanya pergi juga kami.Waktu sampai sempat bersarapan kat gerai berhampiran. Taklimat dari penyelia takut juga..Khabarnya ada 930 anak tangga kena daki..kena gelongsor,masuk lubang tikus, dan merangkak dalam air lebih kurang 500 meter...

Masuk ke dalam memang menakjubkan ada sleletait dan stalemait dan objek-objek tertentu. Nasib baik ummi dah jogging ke Taman polo minggu lepas tak le teruk sangat....Tapi merangkak dalam air teruk sikit sampai esoknya ada kuliah ke 5 sengal-sengal badan...Emmm tanggung jer lah...Tak der susah cari susah.Sapa lagi yang kena urut kalau tidak tiga orang puteri ummi..
syabas!

sekarang Ummi tengah berhempas pulas study untuk exam semesta satu..ada tiga hari lagi....Cuba insyaAllah boleh.Lama betul tak rasa kerisauan menghadapi peperiksaan...Petang tadi baru servey tempat exam .Jangan terburu-buru pagi jumaat nanti tak jumpa tempat exam...
Datang awal ,relaks tenangkan fikiran kuranglah stress...YES . Aku mesti Boleh!

1 ulasan:

rizal kecik berkata...

Assalamualaikum..
Saje nak bagi link untuk tatapan ustaz Azli...http://chegubard.blogspot.com/2011/05/samm-sedia-jayakan-walk-for-democracy.html...
Sekian...