Tangkap ! tangkap! Tangkap! biar padan muka depa. Agaknya macam tulah arahan MB haram kut. Naib Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu dah kena tangkap.Moga-moga Allah beri kesabaran untuk isteri dan keluaganya.Sebab tu dah berapa orang PR kena cekup.Menurut YB Salehuddin 30 oang dalam senarai menunggu.Itu memang kerja orang yang zalim.Kita tunggu lagi berita terkini esok berapa orang lagi akan ditangkap. Mereka cuba menahan gelombang kesedaran rakyat. Segala tipu daya mereka akan terserlah juga akhirnya.
Berita dari masjid Al Ittihadiyah Kg.Tengku Hussain, menyatakan arahan dari JAIP dilarang mengadakan sebarang aktiviti selepas solat isyak hingga ke subuh. Tak boleh solat hajat ! Nilailah dengan mata hati bagaimana cubaan untuk solat hajatpun dihalang...Tuhan kita sama mengapa takut? Sekadar mendapat PETUNJUK dari ALLAH mereka sungguh takut. Guna kuasa polis untuk halang ! Tak pa kat dunia ni buatlah apa sahaja arahan TUNGGU... mereka tidak sekali-kali akan dilepaskan diakhirat nanti akibat KEZALIMAN ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga semua jalan menuju Bangunan Perak ditutup .Dan yang terkini pihak polis baru dapat kebenaran mahkamah tidak boleh berada dalam lingkungan 500 meter dari bangunan Perak ! Agaknya banyak lagi episod baru akan terlakar esok. Moga-moga Allah beri PETUNJUK .Selamat berjuang .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan