Jumaat, 8 Mei 2009

Petaka Bagi Negeri Perak

Begitu tragis rakyat menyaksikan sidang DUN Negeri Perak pada 7 Mei 2009.Inilah petaka yang menimpa rakyat atas kerakusan kuasa politik BN.Mereka merancang,Allah juga merancang dan pastinya perancangan Allah lebih hebat dari perancangan mereka.


Detik sidang DUN dinanti dengan penuh debar setelah pihak KUDETA menafikan hak rakyat untuk menyaksikan sendiri persidangan tersebut.Jangan dekat dengan bangunan Perak dalam lingkungan 500 meter.Kalau dekat juga TANGKAP ! Mereka berjaya menggunakan kekerasan demi menutup KEBENARAN.Maka seramai 40 orang termasuk ahli parlimen, pimpinan PAS disumbat dalam bilik khas di Balai Polis Sungai Senam.

Kita menyaksikan demokrasi sudah dimatikan ketika mana ADUN mula ingin memasuki Dewan pada pukul 9.20 pagi. Pengawal yang bertugas tidak
benarkan !Walaupun nak letak barang . Siap dengan pegawai polis seramai 300 orang samada berpakaian seragam atau tidak,yang pastinya mereka telah menawan Bangunan Perak lebih awal lagi .Rupanya pembesar suara bagi PR awal-awal lagi di` mode`kan supaya tidak berfungsi .Memang UNDANG-UNDANG RIMBA yang telah diguna pakai.Melantik speaker haram dan yang lebih jijik mengheret keluar Speaker dengan kekerasan.Manusia normal mana boleh terima cara paling hina ini…Memang ianya sebagai PETAKA !
Rakyat sekarang dah ramai yang cerdik.Tak termakan cerita-cerita karut media arus perdana semuanya karut dan pembohong.Keluarlah banyak mana sekalipun ulasan laporan , kebenaran pasti terserlah.Bangkai gajah mana mungkin boleh ditutup dengan daun sehelai !Lagipun telinga kita dah ` mangli` dengar cerita palsu dari sumber TV3 suku,Utusan Meloya, dan Beita Hairan.

Tiada ulasan: