Jumaat, 1 Mei 2009

Tuntutan Berjamaah

Salam Jumaat

1 MEI -Alamdulillah Dewan Muslimat PAS Kawasan Ipoh Barat mengorak langkah ke hadapan berjaya mengadakan satu program khusus untuk AJK Dewan Muslimat Pas berbentuk pengisian dalaman.Tujuan progam ialah untuk memantapkan lagi organisasi
Dewan.supaya melangkah seiring dengan PAS kawasan menyahut cabaran semasa.

Slot pertama oleh YDP PAS Kawasan sendiri Ustaz Norazli Hj. Musa.
Pengisian ilmiah ini membuka kesedaan ahli jamaah tentang tuntutan berjamaah itu sendiri.Antara isi tajuk berkenaan adalah sepeti berikut :


KEPENTINGAN BERJAMAAH


Keadaan-keadaan Semasa Yang Menuntut Ummat Islam berada Dalam Jamaah


• Dunia islam kini sedang menghadapi berbagai permasaalahan. Ini akibat KEJAHILAN umat Islam sendiri.

• Oleh itu, berbagai fahaman assabiyyah dan sekular timbul.
• Musuh-musuh Islam ambil kesempatan untuk menghancurkan dan melemahkan sehinggalah mereka tidak berdaya bangun menjuarakan KEBENARAN ISLAM. Kekuatan mereka menjadi lemah.

• Musuh-musuh Islam ambil kesempatan untuk menghancurkan dan melemahkan sehinggalah mereka tidak berdaya bangun menjuarakan KEBENARAN ISLAM. Kekuatan mereka menjadi lemah.

Antara Nas yang mengajak umat Islam meneruskan jihad dalam jamaah ialah:


Maksudnya:

“Hai orang yang Beriman ,jadilah kamu pembantu-pembantu (pejuang-pejuang )kepada agama Allah sepertimana penah diucapkan oleh Isa anak Maryam kepada pengikut –pengikutnya yang setia.Siapakah pembantu-pembantu aku ke jalan Allah lalu berkatalah pengikutnya yang setia:Kamilah pembantu-pembantu Agama Allah: Maka berimanlah sebahagian daripadaBani Israel dan kufurlah sebahagian yang lain,maka kami memberi pertolongan kepada golongan yang beiman lalu mereka menang dalam pertarungan menentang musuh mereka”.


• Demi merealisasikan segala tuntutan Islam
• Semua orang wajib berada dalam jemaah
• Dalam surah As Saf:4

4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

Dalil hadith nabi

• 1.“Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah muslimin dan pimpinan mereka”

• 2. “Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjemaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid.”

KAEDAH FIQH –KEWAJIBAN MENYERTAI JAMAAH

• MAKSUDNYA:

• “Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya maka ianya juga menjadi wajib.”

KOMITMEN KITA……

*Individu yang telah memilih untuk beramal
di dalam jamaah wajib berusaha untuk men
-jadi seorang mukmin yang mempunyai
keimanan yang teguh terhadap amal jamaie.

Langkah Seterusnya…

Setiap individu yang telah menggabungkan dengan jamaah Islamiyah mestilah menyampaikan Islam kepada semua lapisan masyarakat dengan penuh keikhlasan dan Tanggungjawab
Mereka semestinya mengembangkan idea .

Kepada umat manusia agar kembali menghayati Islam yang syumul di dalam segenap kehidupan.

Sesuai dengan Hadith “Orang-orang yang hadir pada hari ini hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.Penerusan di dalam melaksanakan tuntutan ini perlu hingga ke penghujungnya walaupun ditindas,ditekan dengan begitu hebat.

Sabda Nabi:
maksudnya:
• “Akan terus wujud segolongan dari kalangan ummatku yang terus berjuang secara berterus-terang di atas jalan yang benar menentang mereka-mereka yang menyanggahinya,sehinggalah YANG terakhir di kalangan meeka memerangi dajjal.

Penutup

• Semoga mendapat manafaat dari perbincangan ini…..

• BERSAMA KITA MENERUSKAN JIHAD INI….


Ummi harap ada daripada pengunjung blog yang dapat manfaatkan sumbangan idea ini untuk tujuan kebaikan.

Tiada ulasan: