Isnin, 22 Disember 2008

Pertandingan Nasyid Satu Permulaan....DMP Ipoh Barat




21 Disember- Satu pertandingan nasyid anjuran Nisa'Gopeng dengan kerjasama IRC Kolej Perubatan Perak telah diadakan pada hari jumaat baru-baru ini.Sebanyak 7 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Muslimat Kawasan Ipoh Barat telah menghantar satu pasukan sebagai satu percubaan.Nampaknya ada peningkatan...Sekurang-kurangnya ada satu alternatif untuk anak-anak remaja menyalurkan daya kreativiti dari cabang kesenian.

Cuma perlu ada penambahbaikan dalam program seperti itu supaya tidak ada fitnah kepada islam itu sendiri.Misalnya umur peserta perlu dihadkan dibawah umur sahaja. Selain dai itu pihak penganjur perlu membuat garis panduan yang lebih ketat supaya tidak ada aksi yang melampau atau keterlaluan misalnya menggunakan kaki sebagai gendang ketika membuat persembahan dan menepuk lantai sambil berselawat.

Islam tidak melarang ummatnya berhibur tapi biarlah kena caranya.Sebaiknya pihak penganjur sentiasa membuat rujukan biar bertepatan dengan kehendak Islam.

Tiada ulasan: