
Tahniah kepada Nisa Perak kerana berjaya menjalankan aktiviti NISA Indoor Games buat julung-julung kalinya. Permainan seperti congkak, carrom, ceper[tutup botol], Dam Aji, batu seremban, catur, dam ular telah dipertengahkan supaya remaja mengenali permainan tersebut dengan lebih dekat. Aktiviti tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi. Pada mulanya ia dirasmikan oleh Isteri YAB Menteri Besar, Datin Seri Fatimah Taat. Namun demikian, telah diwakilkan atas sebab tertentu. Penyertaan dai setiap kawasan amat menggalakkan. NISA kawasan Bagan Serai, Taiping, dan Bukit Gantang nampaknya menyerlah dengan membolot bebarapa hadiah kemenangan beberapa permainan yang dipertandingkan.
Sebagai wakil Ipoh Barat, Ummi mencuba nasib dala pertandingan congkak.Rupanya ada rezeki untuk tempat ketiga! Taklah Koman sangat....tapi mungkin tahu ni saja kot sebab tahu depan dah lebih had umur yang dibolehkan. (14-40 tahun). Apa yang terkilan, ialah sambutan yang berkurangan dari NISA kawasan yang berhampiran di sekitar Bandaraya Ipoh. Mungkin kekurangan publisiti. Walaubagaimanpun Syabas pada seluruh jawatankuasa yang terlibat dalm program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan