Selasa, 16 Disember 2008

Perak Vs Naza Kuala Muda(persahabatan)




SABTU -13 Dis :Balik dari ceramah dari Pulau Duyung Ustaz terus bertolak ke Kota Baharu.Singgah subuh di Pulau Melaka masjid Tok Guru Nik Aziz...Bergegas ke stesyen bas untuk ke Ipoh.Rupanya takde rezeki naik bas...semuanya penuh.Syukur syeikh shaari sanggup hantar ke Grik.Harap2 dapat sampai ke sebelum pukul 5.00 petang untuk perlawanan itu nanti .Kurang lebih pukul 5.30 juga sampai ke stadium sempat juga iringi MB jumpa pemain...Akhir perlawanan Perak seri dengan Naza 1:1

15 Dis: Ceramah Di Lenggong bersama Mat Sabu.
Sekali lagi padang bola Lenggong dipenuhi peminat Mat Sabu apabila satu ceramah Umum diadakan di padang majlis bandaran Lenggong.Walaupun hujan gerimis turun oang ramai tidak berganjak untuk mendengar isu-isu terbaru dai abang Mat...Ustaz Azli macam biasa le...menerangkan isu-isu terkini Kerajaan Negeri Perak.

Tiada ulasan: