Ahad, 31 Ogos 2008

Ramadhan yang dinanti......

Hanya tinggal beberapa jam lagi fajar Ramadhan akan menjelma.Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah atas kurniaMU ke atas segala nikmat yang Engkau hamparkan kepada diri yang kerdil ini.
Nikmat berkeluarga.
Nikmat Sebagai Hamba.
Nikmat Sebagai isteri.
Nikmat sebagai ibu.
Nikmat sebagai guru...nikmat,nikmat,nikmat ,seribu satu NIKMAT yang tak mampu aku nyatakan satu persatu. Kini sekali lagi Ramadhan bakalku lalui lagi . Dalam melalui usia dewasa empat puluh tahun ini aku sebagai hamba bertekad tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini. Mudah-mudahan PUASA aku pada kali ini lebih baik dari PUASA aku yang sebelumnya.

Untuk itu aku sewajarnya ada merangkakan satu draf /skema supaya aku tidak hanyut dengan azam demi azam untuk menghayati Ramadhan pada kali ini.

"Ya Allah tolonglah hambamu untuk mengerjakan amal taat kepadamu.Hambamu tidak mampu melakukan walau mengangkat kelopak mata melainkan kudrat yang Engkau berikan".

Ya Allah jadikan jari yang kau anugerah ini sentiasa berdoa memohon keampunan darimu.Ya Allah degup jantungku sentiasa mengingat dan menyebut namaMU .Ya Allah kau jadikan mata yang kau beri ini sentiasa menangis mengharapkan RAHIM ketika menghadap Engkau di padang mashyar nanti.Amin ya Rabbi A`lamin.

Tiada ulasan: