Rabu, 30 Julai 2008

MUQABALAH.....

PENJELASAN PRESIDEN YANG MEYAKINKAN ! Allah beri kekuatan untuk ummi berada dalam majlis konvensyen PAS Perak kali ke 13 pada hari Sabtu 26 Julai yang lalu.Kali ini mood yang dirasai adalah berbeza dengan mood konvensyen PAS Perak pada masa-masa yang lalu.Maklumlah pada kali ini PAS berdiri gagah pada barisan depan ,menjadi penaju yang utama dalam kepimpinan Negeri Perak. Takbir !!!.



Seawal pagi kelihatan berduyun-duyun perwakilan menuju ke Dewan Orang ramai Sg. Rapat ,Ipoh .meriah sekali.WAkil dari Dewan Perniagaan Cina,Wakil dari NGO ,Kelab Penyokong PAS,malah YEOP dari persatuan orang ASli pun tidak ketinggalan.Syaabas PAS Perak kerana telah merungkai tali temali yang membelengkui PAS selama 50 tahun menyatakan PAS iaalah "Parti Orang Salah".Kalaulah ada wakil dari Wanita Keadilan dan WAnita DAP mungkin lagi menarik.Atau ummi yang tidak menyedari kehadiran mereka ketika itu.Kena refer Ustazah Bariah ada atau tidak lepas ni.



Takala mendengar ucapan presiden yang dikagumi seluruh hadirin terpegun dengan lontaran idea yang diberikan. Hatta bangsa Cina dan India dilihat terpegun dengan aura Tok Guru berucap. Syukur ummi ke hadrat Allah kerana Allah beri kurnia yang banyak pada Tok Guru untuk menjelaskan kemelut yang dialami sekarang walaupun Tok Guru juga dilihat stress dengan desakan -desakan yang bertalu dari ahli-ahli PAS malah AJK PAS Pusat tentang muzakarah @muqabalah dengan UMNO.



Ummi tertarik dengan hujjah Tok Guru yang menyatakan dengan jelas kesediaan PAS bermuqabalah dengan UMNO adalah tuntutan AGAMA...Dalam surah ayat

Allah memberi peringatan tersebut. Seluruh ahli PAS diminta untuk memahami dengan jelas ayat tersebut.Walau apa juga alasan diberi mengenai UMNO yang telah belot pada PAS sesuatu ketika dahulu namun kita tidak boleh menyampingkan arahan Allah ini tegas Tok Guru.Kalau dulu ayat ini turun takala pihak muslimin tengah berperang,mereka berhenti berperang dan duduk berbincang apa bezanya musuh PAS sekarang yang tidak lagi berada di medan perang kata Tok Guru.


"Dalam masa yang sama ,katanya, PAS masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh Umno."Sebelum ini ada pemimpn PAS yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah berkhalwat pada tahun 50 -an., ketika PAS memerintah di Terengganu `dirompak' royati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan hak kerana menyokong PAS, pelajar di luar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi," ujarnya

Disinilah letaknya keikhlasan Tok Guru dalam menyelesaikan masalah ini.Ummi yakin dengan ketegasan dan kemampuan malah kelebihan Tok Guru kemelut hari ini ditangani dengan baik.

Tiada ulasan: