Khamis, 20 Mac 2008

Ujian Kemenangan Sesungguhnya Adalah Getir...




Alhamdulillah .Syukur atas kurnia Allah.Menteri Perak ke-10 adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak.Sesungguhya Allah beri kurniaan yang ajaib! Siapa sangka dalam kemenangan yang paling sedikit cuma enam kerusi Pas telah diangkat dan dipersetujui untuk menjadi Menteri Besar!


Dalam pelbagai tanda tanya betul atau tidak kami dihujani ratusan panggilan telefon.betul ke ? Jadi ke ?Apa perkembangan...Apapun keputusan telah menjadi sejarah.!7 Mac rasmilah MB Perak dari PAS.Takbir!!!


Menangis Ummi mengingat Rahmat Allah ini. Akhirnya Allah perkenan niat dan cita-cita dan hajat ahli PAS khususnya di negeri Perak mahu suara Islam bergema di Dewan Undangan Negeri. Dalam segala kedaifan orang-orang PAS sudah lama ditindas dan dinafikan hak sebagai warga negeri yang berdaulat hampir 50 tahun!Orang PAS dinafikan untuk mendapat segala macam kemudahan bantuan...Hanya orang UMNO yang diberi keutamaan .Kemudahan balairaya,jalan bertar sampai ke tepi tangga rumah orang yang menyokong UMNO! Begitulah senerio politik kotor UMNO. Belum lagi dikira dalam konteks yang lebih besar seperti projek-projek sederhana dan mega....Memang UMNO sebuah parti yang menekan kaum bangsa sendiri demi kemewahan dunia yang sementara....



Harapan Ummi bagi kerajaan Campuran ini, mampu mengubah minda melayu yang berada di kampung-kampung. Harap-harap mereka buka mata dan minda ingin sama-sama mendokong perjuangan PAS menegakkan hukum Allah di muka bumi.


Baru tadi Ummi dan ustaz sempat menghadiri majlis Maulidur Nabi yang diadakan di Dewan Benkuet.Menitis lagi air mata ini melihat MB berada sebaris dengan Pemangku Sultan Perak..... Dalam diam Ummi berdoa agar MB yang dikenali tidak hanyut dibuai segala kemewahan yang ada seterusnya mampu mentadbir Negeri dengan baik.Perinsip tetap perinsip jangan cuba dicairkan walau apa keadaan sekalipun Tuan Haji !


Walaupun Ustaz tak berada sebaris dengan ADUN-ADUN yang menang Ummi tetap bersyukur dengan anugerah ini....Adalah Hikmah Allah takala kemenangan tidak lagi berada bersamanya.

Tiada ulasan: