Sabtu, 9 Februari 2008

Ilham Rasa Seorang Isteri....


Saban hari kita lalui dengan penuh kesyukuran. Anugerah nikmat dari Allah tidak terkira.Sehingga terkadang kita terlau mengada-ngada rasa macam tidak cukup dengan apa yang ada pada kita...Naluri senantiasa meronta kalau boleh nak seperti orang lain...ada keluarga bahagia ....penat bekerja hujung minggu nak bersantai dengan keluarga...pergi tenangkan jiwa
atau pi window shopping ke...

Namun angan-angan itu perlu dibuang jauh-jauh. .Menjadi isteri seorang pejuang bukan begitu ! Kena sabar , berpada apa yang ada, layan kerenah anak-anak dengan penuh sabar. Pujuklah diri untuk sabar dengan segala mehnah yang ada. Kena bandingkan nasib isteri pejuang yang lain..Nasib mereka semua sama sahaja.Kepada siapa lagi nak kita harapkan untuk memperkatakan tentang kezaliman hari ini kalau bukan golongan mustadhafin....Suami kita adalah sebahagian daripada golongan itu.Tapi bukan mereka yang memulakan mereka adalah ibarat mata rantai dalam perjuangan ini.



Bahang pilihanraya ke 12 makin terasa...Oleh itu keluarga kita juga terasa panasnya.Mahu atau tidak kita kena menari mengikut irama yang digendang .Setidak-tidaknya kita mampu mengadu pada Robbi nanti inilah sebagai isteri aku mampu lakukan .Bekorban masa bersama suami dan anak-anak demi menegakkan ISLAM di bumi Malaysia.Cuma...apa yang diharapkan moga-moga pengorbanan berbaloi .BUKAN sekerat jalan atau tak dapat apa-apa,nauzubillah.

Tiada ulasan: