Isnin, 17 Disember 2007

Aidil Adha Yang Berbeza Tarikh

Kerajaan Malaysia mengistiharkan sambutan Aidil Adha akan disambut pada Hari Khamis 20 Disember 2007 . Sementara itu, Kerajaan Arab Saudi telah memutuskan bahawa wukuf di Arafah pada Hari Selasa 18.Disember 2007. Sepatutnya kita menyambut Aidil Adha pada Hari Rabu 19 Disember Dalam dunia yang serba canggih dan global ini kerajaan Islam Hadhari tidak mampu memutuskan tarikh sambutan Aidil Adha selaras dengan Arab Saudi. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Arab Saudi hanya 5 jam sahaja. Adalah tidak munasabah kita mengambil masa yang lama untuk menentukan tarikh sambutan Aidil Adha . Kita bukan berada dalam dunia katak di bawah tempurung. Tidak dapat berhubung dengan mudah antara satu kerajaan dengan kerajaan yang lain.
Masalah yang timbul apabila kerajaan Hadhari mengambil keputusan ini ialah ummat islam yang akan berpuasa pada Hari Arafah. Pada tarikh manakah yang patut diikut?!Ikut tarikh Kerajaan Arab Saudi atau Kerajaan Hahdari?Kerajaan Hadhari sengaja menyusahkan rakyat dalam soal beribadah.Kalau ikut kerajaan Hadhari mereka yang ingin berpuasa pada hari Arafah sudah lewat satu hari ! Mereka bukan sahaja mengaut pahala malah turut berdosa berpuasa pada Hari Tasyrik.
Manakala bagi mereka yan memilih melaksanakan ibadah Qurban pada hari raya ketiga juga akan mengalami masalah. Adakah sah sembelihan qurban tersebut atau tidak sedangkan pada tarikh tersebut bukan lagi hari Tasyrik??

Pening sungguh memikirkan perkara ini. Perdana Menteri sendiri sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk menjaga agama.Semuanya menjadi caca merba. Akibat kerajaan yang dipilih secara haram inilah jadahnya.Manakala juak-juaknya pandai bermuka-muka walupun mereka yang berpendidikan agama. Siapakah penasihat Agama PM lantaran hal yang sekecil ini tidak mampu ditanggani dengan baik.

Tiada ulasan: