Sabtu, 22 Mac 2008


Anak- Anak - Satu Tanggungjawab Yang Mencabar .
Membina sebuah keluarga bahagia bukan semudah menyebutnya. Bermula dengan merancang mendirikan rumahtangga diiringi dengan melahirkan zuriat adalah sesuatu yang amat besar cabarannya. Masa berlalu begitu cepat hari berganti hari diikuti minggu ,bulan dan dakhiri dengan tahun. Setiap langkah yang diatur mempunyai mempunyai kesan tersendiri.

Mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna amat sukar dewasa ini.Dengan suasana yang yang ada segala segi kita kena perhatikan. Hubungan anak-anak dengan ibubapa dan hubungan mereka dengan dunia luar...Lima orang anak bermakna lima jenis karenah yang mesti kita hadapi.

Kita mesti siapkan lima pelan jangka panjang supaya zuriat yang ada ini bukan sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan ini malah menjadi perancang dan perlaksana dasar yang menepati hukum Allah.


Oleh itu mereka hendaklah dibekalkan dengan sebanyak mungkin ilmu untuk sebagai bekalan dalam perjalanan hidup ini.Terkadang terlalu sukar dirasakan dalam proses pembentukan sahsiah mereka....Namun sebagai ibubapa kita masih ada jalan untuk membetulkan segala kesilapan yang berlaku.Kita mesti bersifat optunistik dan ingat bahawa Rahmat Allah adalah luas untuk hambanya....

Tiada ulasan: