Salam Perjuangan
Sudah lama ummi tak masuk posting.Rindu juga dibuatnya.Mungkin kesibukan aktiviti harian melekakan ummi hingga tak sangka dua bulan tak ade cerita.Cerita memang ada tapi sibuk layan facebook tertinggal menulis...Tak terkejar kalau nak ikut perkembangan ICT ni.
Pagi tadi Ummi pergi ziarah anak ke -2 di SM Raja Perempuan Taayah.Sambil tu boleh tinjau Bazar Buku di dewan besar sekolah tersebut .Ada pertandingan mewarna.Bersungguh benar sang kakak minta ummi datang awal sikit supaya adik-adik dapat ambil bahagian.Maka mewarna anak-anak ummi gambar satu Malaysia...Sementara itu Ummi layan internet setelah memilih bahan tution kat rumah anak-anak ahli PAS cawangan Tasek.Rupanya ada cabutan bertuah bagi pembelian melebihi rm 30.Namun bukan rezeki Ummi agaknya nak dapat first price!Cuma dapat postcard hari ayah dan hari guru aje....
Rupanya rezeki Kakak pula yang menunggu...Setelah dipilihnya buku kerja yang ingin dibeli ,Kakak mencuba nasib pula. Dalam hati Ummi berdoa moga dia dapat hadiah di cari..Alhamdulillah rupanya Allah beri rezeki untuknya. Moralnya Ummi nak bagi tahu kalau Allah nak beri rezeki any time,any place...yang penting diri kita perlu sentiasa bersih dari sifat mazmumah...Sujud syukur anakku dengan rezeki ini...Hadiahnya kamus digital -perkamusan di telapak tangan.
Rezeki ada di mana-mana yakinlah bila mana kita menjalankan titah perintah KHALIQ yang maha Agung di mana-manapun kita akan diberkati..Yakinlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan