Dua hari lagi ummat Islam akan menyambut maulidur Rasul.Beberapa buah negeri akan bercuti termasuklah negeriku bumi bertuah.Kelahiran insan terpuji baginda Rasul memang mendatangkan rahmat seluruh Alam.
Mari kita koreksi diri sejauhmana kita cinta dan sayang pada Rasul..
1. Bersalawat pada rasul setiap hari
2. Mengamalkan Sunnah besar dan Sunnah kecil semampu mungkin
3.Menitip kisah nabi pada ahli keluarga supaya sentiasa cinta Nabi.
4.Sentiasa berdoa mencari peluang dan ruang untuk pergi menziarahi makam Nabi.
5. Berdoa agar berkampung bersama Nabi di akhirat nanti
Makin hari makin jauh Nabi Muhammad meninggalkan kita..Yang ditinggalkan dua penyuluh jalan iaitu Al Quran dan sunnah.Marilah kita berpegang dengan keduanya sekemas mungkin demi bekalan ke alam abadi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan