Rabu, 19 Mei 2010

Sambutan Hari Guru 2010 Meriah...











16 Mei 2010 SKTI telah julung-julung kali menyambut Hari Guru anjuran PIBG sekolah.Syukur seperti yang dirancang oleh AJK ibubapa agenda dirancang berjalan dengan sempurna. Sebagai YDP PIBG ustaz berhasrat membuat kenduri sembelih lembu mengarak para guru dengan kompang di keliling kampung...!Selain dari tu menyediakan santapan pengantin untuk para guru.

Keseluruhannya program yang diatur berjaya. Guru-guru gembira diarak oleh pasukan kompang.Pertandingan gubahan dan masakan ikan jenahak berjaya menyerikan majlis.Kumpulan Cikgu Noor Azian,Ckg Maison dan ummi berjaya merangkul tempat pertama bagi gubahan buah-buahan....

Terima kasih untuk Ustazah Lailatul Munirah kerana orang kuat bagi menjayakan aktiviti ini...Sehingga tak lalu makan akibat keletihan.Risau juga ustaz kalau-kalau Munirah tak makan sebab merajuk...Anyway semua pihak yang menjayakan projek ini terutama orang kampung yang diketuai oleh Pak Rasip b. Din sebagai tekong dalam menyediakan menu masakan lembu seekor.

Orang kampung nampaknya memberi respon baik..Ramai yang datang.Maklumlah makan free.Tahniah USTAZ....ingat setahun je.

Tiada ulasan: