Selasa, 8 Mac 2011

Belajarkah Aku?!!!

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah.Segala nikmat yang Allah beri, terlalu banyak untuk dihitung...

" Ya Allah berilah ruang dan peluang untuk aku terus bersyukur atas apa
sahaja nikmat yang diberikan ini..
Berikanlah kekuatan untuk aku melakukan amal taat kepadamu..."

Hujung tahun lepas ummi isi lagi borang cara online untuk sambung belajar.Saja nak cuba nasib. Untung sabut timbul ...Ye ker ummi nak belajar lagi??!! Bila dua kali terserempak dengan guru besar minta prestasi dari Sek Hj. Mahmud ummi rasa termalu sendiri...Aku cuma test market aje..Guru besar beria-ia mengisi prestasi aku cara online,ummi tersenyum sendirian.

Terima kasih pada guru data sekolah sebab usaha memasukkan perkenan guru besar baiklah agaknya sehingga pada 26 Feb lalu ummi dapat sms berjaya melanjutkan pelajaran ke OUM-BPG Bachelor of Teaching. Emm... seronok ada gabra pun ada...betul ker ummi nak belajar nie.

Ummi tanya Allah dulu..kalau betul kursus ini baik pada agama dan kehidupan ummi mohon Allah permudahkan. Hubby juga pesan begitu supaya tak menyesal kemudian nanti.
Memang ler hajat kita tinggi. nak merasa juga belajar macam orang lain sekurang2nya ada pengalaman. Dan sebagai pendorong buat permata hati supaya terus belajar menuntut ILMU.

Ummi cuba siapkan segala dokumen untuk hari daftar pada 15 Mac ini.Bank draf,gambar, sijil,surat perlantikan dsb.baca betul2 maklum ler dah berumur baru ada peluang....InsyaAllah ummi nekad kalau panjang umur akan kugenggam segulung ijazah ketika usia menjangkau 47 tahun....Allahu akbar!

Tiada ulasan: