Khamis, 17 Februari 2011

AJK PAS kawasan Ipoh Barat Meninggal...

Berita kematian Haji Ramli ummi terima dari hubby ketika di sekolah pada pukul 2.50 petang..Akhirnya pengidap penyakit barah usus ini telah mengadap Tuhannya ...dengan tenang mengikut khabar dari Cikgu Nab.Sabar sungguh cikcu Nab menerima musibah ini ketika dia sendiri bergelut melawan penyakit barah payu dara...Begitulah kehendak Allah. Masing-masing bahagian akan kita terima ketika berada di dunia ini.Solat jenazahnya disempurnakankan selepas solat Maghrib.

Apa yang amat menyentuh hati kecil ummi bila Ustaz Lokman membacakan doa untuk Hj. Ramli bagi kali terakhirnya. "Ya Allah Engkau terimalah kebajikan saudara kami ini dari Parti Islam Se malaysia...Dia telah mengikuti majlis-majlis ilmuMu ceramah,usrah dan berganding usaha untuk menegakkan agamamu ....Jadikanlah isteri dan anak cucu dan zuriatnya bersama kami menegakkan syariat Engkau dibumi ini..." Wahai
tuhan Sekelian alam...Perkenankanlah...

Tiada ulasan: