Isnin, 5 Oktober 2009

Unsur Alam Dah Mula Bersuara...



28 SEPT.2009
SUBHANALLAH.. Maha Suci Allah ! Rakyat Indonesia di Sumatera diuji dengan bencana.Gempa bumi yang dashyat telah berlaku .Kacau bilau di Padang Sumatera adalah KIAMAT bagi mereka. Kita hanya mampu melihat. Begitulah hakikat kekuasaan Allah. Sampai masa Allah kata jadi JADILAH. Ibu ,anak ,suami dan saudara terdekat tidak mampu membantu..masing-masing nafsi-nafsi...Ya Allah kasihanilah mereka.

Tiga buah kampung lenyap entah di mana.Ditimbus hidup-hidup.walau ketika itu sibuk dengan aktiviti harian kenduri perkahwinan..belajar...atau apa sahaja yang dilakukan. Saat mereka sudah sampai tiada lagi KEHIDUPAN. Ya Allah Engkau hidangkan kepada kami KekuasaanMU supaya kami sentiasa insaf hidup dan mati kami keranamu Ya Allah.


Siapa lagi yang mampu menolong kami melainkan amalan kami.Solat kami,ketaatan kami ,tiada lagi gunanya harta benda walau sebesar zarah sekalipun. Sementelah hidup marilah kita cari Redha Allah.


Agaknya unsur alam dah tak tertanggung dengan dengan kemaksiatan di sana sini.Bumi dah mula bersuara . Lihat di Filipina banjir besar menenggelamkan seluruh Manila pada minggu yang sama berlakuknya bencana di Sumatera. Takutnya Ya Allah !Selamatkan kami dari fitnah dunia.

Tiada ulasan: