Alhamduillah kita sudah sambut Hari raya 1430H dengan seadanya. Syukur dengan Rahmat Allah akhirnya kita mampu menghirup segala kenikmatan yang tidak terbayar nilainya.Segala puji untuk Allah memberi apa sepatutnya untuk kita.Moga-moga kita diberi kekuatan untuk menambahbaik segala amalan untuk masa yang masih berbaki.
Sudah ramai yang sudah habis kontrak untuk berada di mukabumi ini. Samada setuju atau tidak terpaksa meninggalkan DUNIA tanpa bantahan.Bagi yang telah merasai aura kematian dalam keluarga masing-masing tentu merasai tempias perasaan sedih...Ada yang Allah panggil pada hari ummat Islam merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa . Dan ada yang Allah jemput kanak-kanak umur 5 dan 6 tahun pada hari raya ke tiga ! Kita sebenarnya sudahpun bertunang dengan kematian..Bila-bila masa akan dijemput.
Senyuman masih boleh diukir takala gembira menyambut kedatangan tetamu . Namun semuanya akan berakhir bila direntap injap untuk bernafas.Sesak tercungap-cungap mencari lapangnya dada untuk bernafas....Saat itu PASTI datang bersediakah kita??!!
Jom kita BERTAUBAT dan istighafarlah sebanyak mungkin .Lakukan perkara maaruf cegahlah perkara MUNGKAR.Jangan tinggalkan perkara wajib yang dipertanggungjawabkan di bahu kita.
Nabi s.a.w. tinggalkan dua perkara selagi kita berpegang kepadanya kita pasti tidak sesat selama-lamanya.Iaitu AL QURAN dan AL HADITH.
"SELAMAT BERPUASA SUNAT ENAM SYAWAL"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan