Selasa, 7 Julai 2009

Pengalaman Berada Di Haadnyai













3 Julai-
"Jauh berjalan Luas Pengalaman" ! Ummi ,Ustaz,Musfirah dan Nawirah dan Opah berkesempatan melawat Hatnyai hujung minggu lepas. Mula-mula cuak juga nak pegi sebab hebuh virus HINI. Tambah lagi soal keselamatan di Selatan Thai yang menggerunkan...

Kami bertolak pada pukul 9.00 malam menuju ke Tapah untuk bersama-sama tahlil di kedai Intan Tomyam .Terima kasih Pak Kob nasi tomato yang sedap.Perjalanan kami diteruskan selepas pihak pengurusan selesai memberi taklimat.Alhamdulillah perjalanan selama lebih 5 jam selamat dan kami sempat solat subuh di masjid Bukit Kayu Hitam selepas tukar wang kat Changlung.Rupanya nilai matawang baat lebih tinggi dari RM !Pi mai pi mai tak lah murah barang kat sana.

Kami melepasi pos imagresen Malaysia dan terus ke Zon Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam. 30 minit sahaja melilau kat situ kami terus ke Danok.Proses untuk masuk Negera Thai taklah begitu lama ...semuanya berjalan lancar sarapan pagi di Pekan Danok...


Perjalanan diteruskan lagi mengikut progam yang diatur tempat jualan barangan kulit dan kekacang.Sampai di hotel mengjangkau pukul satu tengahari.Sempatlah melepaskan lelah semalaman di atas bas.
Bila dah siap semua meneruskanlagi lawatan ke Pusat Pertanian , rupa-rupanya baru perasan...Nurul Musfirah tertinggal kat hotel !Mulanya dia dah turun tapi pegi bilik air lama sangat hingga ditinggal bas.Apa lagi menangislah jawabnya. Alhamdulillah tak jadi apa-apa.Petang tu ambil untuk pegi pasar tradisional pada waktu malam!Berniaga dalam sampan.Kuih-kuih tradisi amat keatif...Menurut guider Hasan ,idea memajukan ekonomi penduduk tempatan yang kebanyakkannya orang Islam datang dari pemimpin Thai yang akhinya ditembak mati lewat beberapa bulan sebelum ini.Macam kisah Hang Nadimlah dengan ikan todak ...tak boleh ada idea hebat sikit .

Dalam kesempatan ini kami dapat juga meninjau Pantai Songkla yang terkenal dengan Lagenda Ikan Duyung.

Keesokan pagi kami meneruskan shoping di Bazar Hatnyai.Pendekata puaslah merayau tengok segala jenis barangan ..Apapun puashati juga lah berjalan ...Hujan emas negeri orang Hujan batu negeri sendiri ...memang lebih baik negeri KITA.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tulis lagi Ustaz...