28Jun - Dewan Muslimat PAS Kawasan Ipoh Barat berjaya mengadakan satu lagi progam pada hari Ahad yang lalu. iaitu "Sambutan Hari Bapa" dan "Hari Keluarga" . Progam berjalan seperti dirancang. Kerjasama semua pihak telah menghasilkan natjah yang diharapkan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan YDP Pas Kawasan Ipoh Barat En. Riduan b. Jamaluddin.
Majlis pada hari tersebut acara kemuncak ialah dua acara kaum bapa iaitu acara mengubah bunga dan membuat rojak buah.Rupanya ramai bakat terpendam yang dapat dicungkil pada hari tersebut.Cikgu Rahim, Haji Daud, Encik Hamid masing masing membawa hadiah kemenangan pada hari tersebut. Peserta warga emas Hj. Ahmad Hj. Mohd. Zain tak ketinggalan mengambil bahagian. Cuma acara kegemarannya sahaja tak ada pada kali ini,acara mengupas epal kalau tidak tentu menang punya....
Acara lain yang turut dijalankan untuk kanak-kanak iaitu pertandingan azan,iqamah,mewarna,deklamasi sajak dan hafazan doa harian.Peserta paling cilik Lukman Al Hakim merangkul hadiah johan hafazan doa-doa harian !Anak ummi johan juga termasuk Nurul Musfirah ,Nawirah dan Arhamni ,tahniah.
Majlis pada hari itu diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh Adik Muhammad Fakhruddin Iswandi dari Maahad Tahfiz WalQiraat Tambun.Beliau merupakan anak didik Ustazah Nafisah yang merupakan johan tilawah Hafazan katogeri juz 1-5 peringkat Negeri Perak dan Kebangsaan. 2009. Sejuk perut ibu mengandung, sebutir bintang berkilauan ! Semoga adik Fakhruddin Iswandi meneruskan perjuangan ntuk menjadi SEORANG Hafiz yang berjaya.
Slot seterusnya diisi dengan ceramah pemakanan menurut Islam oleh Saudara Radhi Zainon.Hadirin didedahkan dengan info-info terkini halal haram makanan !Amat berguna untuk pengguna memilih makanan yang berkhasiat dan halal di sisi Islam.Bahagialah mereka yang mensucikan diri ....
Majlis berakhir dengan jamuan tengahari.Muhasabahlah apa yang patut dibaiki untuk masa akan datang."Sirul ala Barakatillah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan