
Kepada seluruh pendidik seluruh negara,Selamat Hari Guru! Mudah-mudahan amalan baik dibalas dengan kebajikan. Sejarah seorang pelajar dimulakan dengan kehadiran gurunya.Masing-masing mempunyai nostalgia dengan gurunya.Keupayaan seorang guru menunjukkan contoh teladan yang baik akan memberi impak yang besar pada anak muridnya.
Kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada anak bangsa ,gembiralah dengan janji Tuhan.Membentuk sahsiah yang baik pada setiap jiwa pelajar adalah terlalu besar dugaannya.Apatah lagi dengan keadaan semasa yang tidak membantu malah menolong meruntuh sahsiah seseorang pelajar .Apa yang mampu lakukan kita lakukan sebagai seorang guru ialah tetap SABAR melayan karenah pelajar di samping berdoa dilembutkan hati mereka menerima bimbingan.selain diri guru itu sendiri mempamerkan sebanyak mungkin sahsiah yang baik dihadapan murid!
Kesempatan yang telah Tuhan berikan ketika ini menjadi seorang guru,Ummi berazam untuk melakukan satu anjakan paradigma . Setiap kali memulakan pelajaran,menekankan menyebut nama Tuhan. Sama-sama dengan murid, mengagungkan nama Tuhan ! Dan mengakhiri pelajaran dengan lafaz Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan ummi lakukan sebelum berakhir tugas rasmi sebagai seorang GURU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan