Sihat atau sakit adalah anugerah Tuhan. Memang dua keadaan ini akan silih berganti dalam kehidupan seseorang.Dah lama kita sihat ada ketikanya Allah akan uji dengan sakit...Sebagai manusia kita tidak boleh elak perkara sepeti ini. Cuma usaha dan ikhtiar yang ada pada kita untuk mencari penawarnya.
Semalam 18 Mei - Darah tinggi Ustaz naik mendadak.Tak tahulah sebab Perak kalah 3-1 dengan Kedah ke ? atau terlajak makan daging kambing selepas ceramah di Kedah! Apa -apapun ummi dah ingat siang-siang lagi ,ubat hospital jangan abaikan nanti tak tertanggung kalau jadi apa-apa....So sekarang ni dok berehatlah kat Specilist Center untuk pemantauan doktor.Mudah-mudahan Ustaz sihat segera dikurnia Allah Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan