Salam Aid Mubarak 1431....
Syawal beransur pergi.Kini menjangkau 14 hari.Tahun pertama menyambut syawal di rumah sendiri. Tiada banyak bezanya...Ummi sekeluarga beraya di Gua Badak setelah buat persiapan sedikit di rumah sendiri...Dalam pada itu raya tahun ni " pecah rekod" ummi tidak buat kuih raya.Semua buat 'kuih tunjuk'...Tak palah sekali sekala. jangan ulang lagi di lain kali.Budjet raya naik melambung.Hari raya ke -5 kuih raya sudah habis... Ingat ummi nak save badjet buatlah baju kurung Kak Yang,Nani dan Salsabila sendiri,tapi silap percaturan rupanya...serabut dengan mesin tak berapa lancar ,terbongkok-bongkok menyiapkan jahitan tak berbaloi sungguh... !Lain kali beli aje.... pengalaman mengajar kita sebenarnya.
Ujian 1
Anak-anak adalah anugerah Allah .silap kita mendidik mereka rugi seumur hidup...Ummi tak tau cara mana yang paling baik untuk mendidik mereka selain dari mengajar asas-asas untuk menjadi anak yang baik.suruh buat baik,solat mengikut waktu,bangun pagi mudah,mengemas rumah mengikut kemampuan...dan berkomunikasi sebaik mungkin dengan adik beradik....
Tapi benda semudah begitu mereka tak mahu ikut....apa masalahnya?! Salahkah Ummi dimana kasih sayang anak-anakku...atau entah tak tau ummi alasan sewajar mereka...sehingga suatu ketika ummi ambil tindakan drastik .Duduk mengadap ummi sebut satu persatu apa masalah tiap satu anak ummi kenapa tidak mahu dengar cakap!!!!
Sebenarnya ummi nak bagi tahu bahawa "Ada harga "yang perlu dibayar oleh kalian untuk menjadi anak yang soleh.....dan solehah.Fahami betul-betul maksud ummi ini.
Ujian... Sabarlah jiwa. Untuk Ahmad Syakir ingat pesan ummi...Teruslah belajar jangan banyak reka alasan. Nurul Musfirah semoga cepat matang...ubah sikap biar kerana masih ada masa untuk berubah....
Ujian II
Hidup berumahtangga ada pasang surutnya...Nikmat hidup rumahtangga masing-masing mempunyai sejarahnya... Kini menjangkau 17 tahun ummi bina mahligai bahagia bersama suami.Susah senang kami harungi bersama..cuma tika umur menjangkau tua ragamnya agak berbeza .... Kekadang kecil pada pandangan kita rupanya besar pada pandangan suami...Di situlah berlaku pertebungan ....Kalau tidak memikirkan rasional ,mahu pecah kapal yang dibina.
Nauzubillah .minta lindung Allah dari banyangan ngeri...Letih kita bina dari setahun menjadi belasan tahun hidup bersama...cuma sebab-sebab yang kecil sahaja datang kita ambil jalan pintas. TIDAK ! sesekali tidak.Tapi pergeseran itu sebenarnya adalah untuk kita muhasabah semula mana silapnya mana salahnya tika sama-sama kita menjalankan amanah sebagai suami atau isteri.Terima kasih suamiku...atas segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan