RABU-
18 Ogos seusai waktu sekolah Ummi bergegas ke Stesyen Bas Five Star untuk berangkat ke KLIA.Seperti yang dijanjikan untuk menyambut kepulangan Hubby....Tepat 5.30 ptg sampailah Ummi di KLIA.Terus bergegas ke tingkat tiga untuk menunaikan solat Asar yang agak terlewat dek perjalanan ke sisi tadi.Sebelum masuk ke bilik solat terpandang banner kat balai ketibaan tu ...Selamat Pulang...Rupanya PM datang sambut PuTRa ! Malaysia....balik dari Gaza...Maka berderai-derailah air mata insaf turun kat sidang media tu...sedih semacam mereka habo tentang GAZA..
Komen Ummi :Takpalah kalau mau berbakti teruskan . Jangan ambil kesempatan atas kesusahan orang lain sudahlah...
Selesai solat Ummi berkenalan dengan Nora dari S.Alam.Bekerja dengan MAS menunggu suami untuk pulang ...Baik dan mudah didekati...ummi dapat menanbah kenalan seagama. dan dia menghadiahi sebuah buku yang memang Ummi minat nak baca sebelum ini.."Khalifah Ummar Abd. Aziz"Terima kasih akan Ummi kirim sebuah buku tentang GAZA padanya karangan Riduan Md.Noor nanti sebagai ganti.
Ummi tercari-cari mana tempat ketibaan VIP yang disediakan untuk sukarelawan yang baru balik dari GAZA.Tak jumpa juga akhirnya ummi buka puasa dan solat maghrib dulu kat tingkat 5 aras untuk berlepas...Kalau berat mulut bertanya mungkin ummi tidak jumpa bilik yang dimaksudkan oleh pihak urusetia...Namun akhirnya jumpa juga..Wow cantiknya bilik ketibaan VIP..Nasib le ummi dapat masuk..bolehlah cerita pengalaman pada anak murid.Hebat..bilik solatnya,bilik rehat...Duduklah ummi menunggu kumpulan misi ke GAZA mengadakan pc sebelum keluar dari bilik tersebut sempat kenal isteri ustazBadrul Amin,YB Zuraidah...Sebelum kami berangkat pulang,Hubby bagitau ada jemputan tazkirah kat Bandar Selayang Baru.
Pergilah ummi ke KL Sentral sebelum diambil oleh Haji Zulkifli Wahijan ke surau di Selayang.Sempatlah kenal jemaah kat sana sebelum kami berangkat pulang dengan bas .Sebelum tu Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Ridzuan Md Noor berpesan nak jumpa juga untuk mendengar khabar dari GAZA ....Ummi tumpang gembira,walau letih perjalanan jauh ,semangat jihad yang tinggi pada Hubby tak peduli semua itu...pengalamannya wajar dikongsi bersama rakyat Malaysia...
Lepas ni tentu lebih sibuk hubby dengan acara susulan majlis buka puasa,lawatan ke pos-pos tertentu memenuhi jemputan...Ummi dah biasa,kalau tidak sibuk hal GAZA pun hubby sentiasa tak ada kat rumah memenuhi jemputan tazkirah sepanjang bulan Ramadhan.
Alhamdulillah sampai kat rumah pukul 4.00 pagi terus bersahur bersama anak-anak dan pagi tu terus mengajar.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan