Khamis, 10 September 2009

Ujian Ramadhan Mengukuhkan IMAN

Sesungguhnya kedatangan Ramadhan memang dinanti-nanti.Syukur pada tahun ini bertemu lagi untuk kesekian kalinya.Sungguh cepat masa berlalu.Diam tak diam hari ini dah masuk hari ke-20! Bermulalah kita lipat gandakan ibadat demi merebut malam yang dijanjikan Allah untuk ummat Nabi Muhammad "Malam LailatulQadar".Mudah-mudahan Allah pilih kita antara ummat baginda yang mendapat ANUGERAH ini.Amin.

Ramadahan kali ini ummi sambut dengan kesihatan yang sedikit terganggu.Batuk...Uh rupanya begini rasanya bila kena penyakit ni sampai terkencing dibuatnya.Agaknya bagi jamaah haji yang terkena penyakit ni susah juga ya..Alhamdulillah masa ummi pegi dulu tak dapat jangkitannya.

Rupanya budaya orang melayu bila sambut Ramadhan masih tidak beubah.Masa awal ramadhan sahaja masjid penuh.Masuk hari ke 18 je, hanya tinggal satu saf sahaja yang solat tarawih kat masjid ! Itu belum lagi kita lihat di sekitar kampung yang sibuk pasang panjut,buat kuih raya berlebih-lebih...Mudah-mudah zuriat ummi tidak begitu .Rebutlah peluang selagi boleh bernafas ini dengan sebanyak-banyak amalan.Biar kita susah di dunia ini ia bersifat sementara.Ingat RAHMAT Allah yang melimpah ruah jika nak dibandingkan kesusahan yang sedikit.

Ramadhan kali ini ummi dapat bertemu kawan lama Najib pengerusi PGPI 91/93 masa kat maktab dulu. Alhamdulillah masih berada dalam jamaah yang sama. Lama dah dia nak jumpa ustaz sejak bertugas di Kuala Kangsar lagi . Kami dilayan oleh keluarga Najib dengan mesra.Selepas ustaz mengakhiri tazkirah ramadhan di Taman Selasih, Lunas , Najib menunjuk jalan ke Sungai Petani.Terima kasih atas segala layanan. Semoga Allah merahmati anta sekeluarga sepanjang masa.




Tiada ulasan: