Khamis, 10 September 2009

Selamat Berjuang Menuntut Ilmu


Untuk anak saudara yang dikasihi , NUR MUHAMMAD AMMAR selamat berjuang menuntut ilmu di Mesir. Tuntutlah sebanyak mana ilmu Allah dibumi Anbia mudah-mudahan Allah memberkatimu. Mak Yang turut merasa bangga atas kejayaan yang dimiliki.Ingatlah lagi banyak ilmu kita miliki lagi tawadhuklah hendaknya.Mudah-mudahan berjaya dalam cita-cita menjadi seorang doktor yang BERTAKWA.


Selain umi dan ayahmu ,Atuk dan Opah turut bangga mempunyai cucu sepertimu.Jangan persia-siakan harapan mereka.Moga sempat Ammar berbakti kepada mereka setelah menamatkan pengajian nanti. Bangganya mereka nanti mencanangkan pada orang kampung salah seorang cucunya belajar kat Mesir nak jadi doktor...Jagalah akhlak di tempat orang. Anak muda dirantau orang kena pandai bawa diri.Banyak mehnah dan ujian yang bakal ditempuh nanti .Ambillah penyelesaian agama untuk mengatasinya.Selamat Berjuang.

Tiada ulasan: