Sabtu, 18 April 2009

Syabas! Dewan Muslimat Ipoh Barat.

Alhamdulillah DMP Ipoh Barat selesai menjalankan tanggungjawab dalam berjamaah. Selesai menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 22. Selama 22 tahun penubuhan DMP Ipoh Barat selama itulah menempuh pelbagai cabaran demi mematangkan perjuangan. Hanya mereka yang terlibat dengan perjuangan akan merasai pahit manis cabaran....


Dimana jua kita sebagai pendokong kebenaran ini, akan merasai tibulasi ini.Sambutan masyarakat , setempat ,sambutan dari ahli muslimat sendiri....bukan sesuatu yang mudah.Tahniah untuk saudaraku Siti Rohaya kerana sanggup memikul amanah sebagai setiausaha selama 11 tahun ! Satu jangkamasa yang agak panjang...Tentu banyak ujian yang telah diharungi... Sabarlah... Moga Allah beri kekuatan untuk meneruskan lagi ibadah suci ini.
Mungkin inilah jalan yang kita mampu lakukan untuk menambah amal soleh sebagai bekal sebelum bertemu dengan KHALIQ nanti.

Pada hari itu, Ummi diamanah sebagai pengerusi tetap untuk mengendalikan majlis....Apa kata pepatah. melayu..... Tak ada rotan akarpun berguna.... Maka dengan izin Allah selesailah majlis tersebut dengan dirasmikan oleh AJK DMP Ng.


Apa yang dapat Ummi simpulkan di mana jua kita akan berhadapan dengan masalah yang sama di setiap kawasan....Ada muslimat yang komited ,bersemangat, bertanggungjawab,malah tak kurang yang lemah ,lesu perlu di motivasikan....Tanggungjawab siapa ? Kalau bukan pimpinan PAS kawasan yang perlu sama main peranan.Selain daripada pimpinan Dewan Muslimat Kawasan sendiri mencari alternatif untuk meningkatkan kefahaman ahli....Mudah-mudahan kesempatan masa yang ada saf kepimpinan yang baru mampu mengalas tanggungjawab baru demi ISLAM yang kita cintai...TAKBIR !!!

Tiada ulasan: