Rabu, 8 April 2009

Kemenangan Milik Kita !



Syukur kepada Allah. Berkat kerjasama semua pihak kemenangan milik kita.
Pada awal pagi pengundian lagi memang suasana berpihak kepada Parti Islam SeMalaysia.Kibaraan bendera bulan penuh di sana sini menghiasi hari pengundian kali ini.BN menggunakan taktik paling kotor mengimport petugas-petugas yang liar dan tahap moral yang rendah.Mereka ada puteri yang agresif yang melengkapkan pekej kejahatan dan kerakusan mereka.

Kalau para pengundi melintasi puak mereka, pelbagai perkataan kesat dihamburkan.Maklumlah mereka tidak mendapat hidayah untuk menjadi muslim yang baik....Kesian ,mereka akan rugi di dunia lagi kalau tak sempat bertaubat hingga ke AKHIRAT.Mudah-mudahan anak cucu cicit Ummi tidak termasuk dari golongan itu. Menurut cerita dari Ustaz Azli dia juga dilempar dengan gumpalan kertas semasa melintasi dengan kereta tepat kena ke muka ! Sapa lagi kalau bukan Puteri Jembalang UMNO.

Tergamaknya mereka. Tahap politik sempit yang dimiliki menunjukkan rosak dan jauhnya mereka . Inilah acuan yang UMNO sediakan untuk pelapis mereka.Rosak Bangsa,rosak negara. Beberapa insiden kecil l yang berlaku dapat ummi perhatikan ketika dalam perjalanan ke Sg. Tinggi untuk membuang undi Sepak kereta hingga kemek,Baling botol air hingga petugas PAS pengsan....macam-macam.

Dengan perasaan bangga Ummi nekad untuk mengundi hari ini dan ambil gambar sekali....Rakan sekerja pesan pangkah elok-elok.Ummi beritahu bukan sahaja kena elok gambaq sekali akan diambil sebagai bukti.Yes akhirnya berjaya ! Jadikan bukti untuk anak cucu seterusnya zuriatku....KEWAJIBAN menegakkan ISLAM adalah tertanggung diatas bahu kalian.Lakukan walau dengan apa sekalipun....Walau sedikit mana sekalipun.Allah tak tanya kejayaaan TAPI sumbangan yang diberikan.
TAKBIR..... Bergema ke seluruh alam.Hj. Nizar akan bawa mesej ISLAM ke Parlimen.


Tiada ulasan: