5 Februari- Berita demi berita silih berganti dan penghujungnya PASTI. Akhirnya BN merampas kuasa di Perak dengan cara yang paling BACUL. Jam 4.30 petang, Ketika dan saat ini Bangunan Perak ditutup untuk PAKATAN RAKYAT.
Ummi tanya ustaz samada sempat mengambil barang-barang peribadi di pejabat EXCO.Ustaz kata biarlah.Sabarlah Allah uji demi menguatkan iltizam di hati kita.Setakat ini ummi masih berkira-kira untuk pergi ke rumah MB buat kali terakhirnya tapi ustaz memaklumkan FRu dah penuh di depan rumah MB sapapun tak dibenarkan masuk. Lagipun hujan turun dengan lebatnya seolah-olah menggambarkan pilunya hati kami tidak terbendung lagi....
Seusai solat hajat dan membaca Surah Yassin ummi dah rasa puas ,redha segala yang terbuku sedikit terungkai.Allah meminjamkan kuasa dan dan mengambil kembali semuanya Allah punya. Kita sebagai hamba kena akur . Setakat lama berkuasa selama kurang lebih 10 bulan . inilah yang mampu pimpinan kami lakukan. Selebihnya biarlah masyarakat menilai. Moga kita mengambil pengajaran burung pipit memadam api yang membakar Nabi Ibrahim alaihisalam.
Ada rezeki kita usaha lagi selagi nyawa berdenyut perjuangan MESTI diteruskan.
Kita adalah mata rantai pejuangan kalau tidak sempat wakilkan zuriat kita penerus PEJUANGAN. ISLAM PASTI MENANG !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan