Jumaat, 6 Februari 2009

Malam Terakhir Di Rumah MB

5 Feb- Lewat petang panas badan Nur Salsabila makin meningkat.Manakala hujan petang mencurah-curah lebatnya.Atap yang tiris dan tempias yang datang menyebabkan ummi kurang selesa ketika itu. Sabarlah....Ujian lain lagi sanggup ditempuh !
Dalam hati ummi tak putus-putus mendoakan supaya keputusan yang baik diterima walaupun
hampir 90% hampir pasti meeka akan merampas pentadbiran di PERAK.

Melihat keadaan Nur Salsabila makin kuat degup jantungnya ummi mula bersiap-siap untuk ke Hospital Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan.Abila selesai mendapat rawatan ummi segera menuju ke kediaman MB. untuk mengetahui pekembangan selanjutnya.

Ramai orang datang untuk mengetahui perkara yang sebenar .Namun tidak terkecuali musuh sendiri cuba menyelinap untuk memantau ....Ceramah bergilir-gilir dari pimpinan banyak melahikan protes dan suara hati terhadap apa yang berlaku .Akhirnya ummi mengambil kesimpulan bahawa kita mampu berkata -kata namun mereka telah MERAMPAS KUASA !

Tiada ulasan: