Isnin, 29 Disember 2008

Selamat Tinggal Sk.Haji Mahmud.....

DISEMBER 24, 2008 Dapat perkhabaran gembira.Ummi dapat bertukar sekolah! Sekurang-kurangnya banyak masalah pada dasarnya dapat diselesaikan.Selama hampir empat tahun ummi berulang -alik ke sekolah cubaan dan ujian datang silih berganti semuanya dapat diatasi moga-moga pengalaman yang mahal nilainya dapat menjadi pengajaan untuk meneruskan hidup ini.



Harap-harap berpindah ke sekolah baru nanti ummi dapat menyesuaikan diri.Apa orang kata "lain padang lain belalang...." Sepanjang servis yang memasuki tahun ke 16 ,ini sekolah yang ke 6. Semuanya dah rasa ragam hidup dengan rakan guru dan staf sekolah.Cuma sekolah baru kali ini mereka dah kenal dulu sebelum ummi masuk dalam komuniti mereka. Apa idaknya bila hantar anak-anak ke" sekolah" depan rumah macam-macam hal mereka terpaksa diselesaikan....





Azam dan tekad ummi satu,bertugas dengan baik ,buat apa yang patut sesuai dengan profesion kita.Jangan cari masalah dengan orang.Pengalaman lalu jadikan panduan ketika meniti hidup menjadi insan guru yang Allah redha.


"Barangsiapa mencari redha Allah dengan marahnya manusia,nescaya Allah cukup keperluannya....

( Hadis Sahih)


Apa yang diharapkan pertukaran ummi pada kali ini Allah memberi KEBAIKAN yang banyak untuk agama,keluarga dan kehidupan ummi keseluruhannya.insyaAllah....Dari Allah daku datang dan kepada Allah daku kembali .....

Kepada rakan guru di Sk Hj. Mahmud,teruskan bakti...kita akan dihisab dengan apa yang kita lakukan..Sama-samalah menjaga amanah yang dipikul ini sebaik mungkin...Allah yang akan memantau setiap geraklaku kita bukan guru besar atau PK 1,2 atau Penyelia Petang.ADIOS!

Tiada ulasan: