Rabu, 24 Disember 2008

Nostalgia Selepas PRU

“Saya bersyukur kerana arahan pertukaran saya pada kali ini bukan disebabkan tindakan tatatertib akibat mendera anak murid atau tidak menjalankan tugas dengan baik SEBALIKNYA kerana TEMPIAS perjuangan suami saya…..
Selagi suami saya berada dalam perjuangan yang betul dan diredhai Allah saya akan tetap bersamanya.walau terpaksa menempuh segala ujian yang mendatang...”

Masih ummi ingat lagi ucapan yang diberikan ketika kelab guru mengadakan ucapan perpisahan pada Jun 2004 selesai pilihan raya ke 11 yang lalu. Arahan tukar oleh tangan-tangan kejam itu akibat kerakusan kuasa golongan thaghut..Mereka ingin menyusahkan kami sekeluarga tapi Allah memudahkan….Alhamdulillah. arahan tukar ke Ipoh sebenarnya ibarat “sireh pulang ke junjung….ikan pulang ke lubuk….Kami menetap di kampung ummi….Tempat tumpah darah bonda ummi. Di mana juga kita berada selagi menjunjung perintah Allah insyaallah kita selamat dan diberkati….Ummi yakin sangat janji Allah….

Sebelum arahan tukar dikeluarkan ummi didatangi oleh dua oang pegawai dari PPD untuk menyiasat.”Ada aduan dari individu parti politik tertentu (?) bahawa suami puan telah menggunakan premis kerajaan untuk kepentingan politik.”Ummi jawab seadanya…jawab macamanapun puak ni bukan ambil kira….Cuma ambil syarat sahaja .Sekadar nak kabur pandangan buatlah penyiasatan…berat sebelah.!Tunggulah….akanku dakwa diakhirat nanti…..Mereka yang telah menzalimi akan tetap menerima balasan.

Tiada ulasan: