
Ipoh 28 Okt 2008 : Menu istimewa jamuan kali ini ialah 'BELUT' - walaupun nama Restoran tersebut lebih gah dengan namanya: NASI LEMAK AYAM KAMPUNG!
Majlis yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak telah diadakan di sebuah restoran Melayu yang unik - Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, bertempat di Jalan Yang Kalsom Ipoh, malam tadi.
Hidangan pada malam tersebut sungguh istimewa dengan hidangan nasi lemak beserta ayam goreng kampung yang sungguh menyelerakan.Ada Tomyam sea-food, ketam goreng berempah dan paling menakjubkan ialah sejenis masakan dari 'belut' yang sungguh umph!Sekali rasa, habis satu pinggan disental!
Hidangan Tom-yam yang enak itu tidak berapa sangat dihiraukan oleh para tetamu. Mereka nampaknya lebih menumpukan kepada hidangan ayam kampung goreng.Lagipun Tom-Yam tu tak berapa kena nak dimakan dengan nasi lemak.
Rasanya , itulah jamuan Hari Raya terakhir ....puasa sebulan sahaja,takkanlah nak nyambut raya hingga ke hujung tahun!
Antara tetamu kehormat pada malam tersebut ialah Menteri Besar dan isterinya, YB Mohd Zainuddin, Ketua Pemuda sendiri, Norazli Musa dan beberapa orang exconya, YB Idham Lim dan lain-lain.
Pada malam itu kami tumpang sekaki bergambar dengan Datin Seri Fatimah Taat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan