Isnin, 31 Januari 2011

Syabas Untuk Cikgu Mala..





Nun di sana ada serikandi Cikgu Mala
Yang bersedia mewakafkan dirinya
Untuk sebuah perjuangan...
Begitu bersemangat jiwanya
menyusun kata-kata yang optimis
untuk perjuangan yang suci...

Sanggup dicemuh
Sanggup difitnah
Demi perjuangan
Supaya Islam dipandang MULIA


Cikgu Mala
Begitu Hebat...
Meredah panas
Mengharungi banjir
Mendaki bukit dan ladang
Menyantuni rakyat
Cuba menawarkan diri
menjadi jurubicara masalah rakyat
Namun masih ramai belum bersedia
Untuk menerima tawaran itu...


Syabas dengan semangat WAJA
Cikgu Mala menyusun bicara akhirnya...
Kemenangan hakiki di sisi Tuhan
Itulah kemenangan yang sejati

Apa yang Cikgu Mala rasai hari ini
gambaran kemanisan IMAN buat seorang PEJUANG!!!
Ummi dan Suami telah melaluinya pada PRU 2008.
YAKINlah kita berada dalam ORBIT yang benar
Semoga ALLAH menetapkan hati kita
tidak tergelincir hingga ke akhir hayat.




Tiada ulasan: