Rabu, 19 Januari 2011

Balik Dari Musafir






Pada 8 Januari 2011 Hubby selamat kembali ke rumah selepas sebulan dua hari pergi mengikuti misi Asian Caravan To Gaza.alhamdulillah semuanya selamat Allah pelihara perjalanan hubby walaupun pelbagai cabaran getir yang terpaksa dilalui.

Bermula penerbangan hubby ke Iran , menuju ke ke Zahidan dan beberapa bandar di Iran. Mereka dilayan dengan penuh mesra di setiap persinggahan.Sehinggalah mereka menuju ke Syiria.Kemudian berangkat ke Lubnan dan kembali ke Port Lakatia di Syiria semula.

Ummi sentiasa mendokan agar perjalanannya diberkati dan masa yang paling kritikal rasanya bila mendapat berita bahawa Kapal Salam yang hubby naiki di serang oieh Yahudi laknatullah. Rupanya begini rasanya bila Allah uji sedikit berita gempar macam ini.Mulanya ummi rasa tak tentu arah fikir yang bukan2.mujur abah memberi kekekuatan dengan mohon DOA dari Allah supaya hubby selamat.

Sementara itu anakanda Syakir ummi mohon supaya buat solat hajat supaya keselamatan hubby di sana bersama rakan-rakan TAHFIZnya. Bonda Zaiton pula sekembalinya dari Pengkalan Hulu menangis bersama mengenangkan nasib menantu yang belum tentu. Masa itu Facebook amat berguna pada ummi untuk meninjau berita terkini dari sahabat Hubby Mustafa Mansur dan Fuad Helmi.agaknya beginilah rasanya ahli keluarga mereka yang terlibat dalam kapal Mavi Marmara pada 2010 yang lalu.Cemas sekali!

Rupanya semasa berangkat pulang Hubby sekali lagi diuji dengan kemalangan bas di Mesir.Mujurlah Allah selamatkan mereka dari sebarang kecederaan.Sesampai mereka di Lapangan terbang mesir ,mereka diarah pulang segera ke negara masing-masing tanpa diberi kebenaran menginap lebih lama di Mesir.Mereka dilayan dengan bengis di Mesir ekoran bantuan kepada rakyat GAZA!! Pelik betul keRAjaan Mesir ikut telunjuk AS !

Syukur segalanya berakhir dengan selamat. Tiga hari selepas sampai ke pangkuan keluarga Hubby musafir lagi...Ke Tawau memenuhi hajat PAS Kawasan Tawau!Hidup Islam.Mana-manapun ummi tetap bangga dengan PERJUANGAN hubby.

Tiada ulasan: