Khamis, 14 Oktober 2010

Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri 2010

Alhamdulillah pada 5 September yang baru lalu sempat mengadakan satu jamuan ringkas sempena Aidil fitri..Emm memang memenatkan tapi seronok dengan undangan yang mencecah 200 orang. Almaklumlah kali pertama ummi buat macam ni...Manakala Opah Zaitun pun bukan main excited bukan main menolong menyediakan rendang special untuk tetamu...Semuanya berjalan lancar seperti dirancangkan .
Berkat kerjasama yang anak sedara ustaz Nurul dan Acu Faizah..settle semuanya .Mee kari special habis begitu juga nasi impit dan bihun goreng....Kalau hajat nak buat sikit-sikit baik tak usah..ramai kenalan yang datang malu juga kalu tak cukup...Kawan-kawan sekolah juga datang...terima kasih.sampai malampun masih ada tetamu yang datang. Kalau nak difikirkan masa hari raya yang betul berapa ramai sangat kenalan yang datang..masing-masing ada rancangan sendiri...buat program jamuan macam ni berbaloi juga....

Semuanya berbalik pada niat..apa sebenarnya tujuan majlis seperti ini kita nak buat ? Kalau sekadar nak ikut trend dan budaya semasa baik tak usah...buang masa saja.
selain dari tak dapat pahala ,letih pun dapat.

Tiada ulasan: