Sabtu, 7 Ogos 2010

Kenduri Naik rumah Baru...















1 OGOS- Syukur Alhamdulillah.Berkat RAHMAT Allah ummi sekeluarga selamat mengadakan kenduri 3 dalam satu....Syukur Allah kurnia rumah baru,doa+selamat ustaz ke GAZA dan syukur yang berpanjangan menyambut Ramadhan 1431-moga-moga Allah beri kekuatan menjalani Ramadhan pada kali ini. Kenduri kesyukuran yang dirancang pada kali ini sungguh besar ertinya pada ummi pada kali ini. Kenduri yang dibuat atas semangat gotong - royong sungguh meriah. Orang kuat kami terdiri dari ahli PAS CAW. Tasek Jaya berjaya melancarkan kenduri dengan jayanya..Terima kasih 'intan' dan dan Kak Zazilah serta suaminya chef yang berpengalaman...
Seekor lembu dan seekor kambing tumbang dan selamat menjadi menu utama.Kenduri sekali sekala macam ni seronok...Tapi biasalah penat sikit. Mana nak beli barang-barang, mana nak mengemas....Syukur segalanya pujian untuk Allah banyak benda Allah mudahkan... Majlis bermula dengan Tazkirah oleh Ustaz Ridwan Md Nor untuk para muslimat dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Ipoh Barat . Terima kasih dewan atas kerjasama yang diberikan. Mungkin ada sedikit sebanyak kekurangan kita baiki lagi pada masa hadapan. Majlis diteruskan lagi dengan Ceramah isra' mikraj untuk hadirin. Selepas itu barulah majlis jamuan bermula. Tepat pukul 3.00 petang semua selesai...Berkat kerjasama ahli PAS caw. Tasek jaya,segalanya selesai dengan jaya.Semoga Allah membalas budi baik kalian dengan kebaikan yang banyak....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

awat tak bagitau org manjung