Isnin, 1 Februari 2010

PoToNg?

Salam Perjuangan.
Dah lama ummi tak tekan keyboard komputer...Tapi kali ini biarlah pengalaman ummi menjadi iktibar pembaca sekelian....
Kali ni ummi betul-betul bengang dengan kerajaan Zambery Kudeta. Tak habis meyusahkan rakyat...Belumpun sempat ummi berkesah nak bayar bil air dah kena potong...Ummi terus bergegas ke pejabat LAP nak tanya pihak atasan kenapa cepat sangat potong bekalan air rumah sewa mak ummi.Baru miss satu bulan tak sabar-sabar nak potong.Betul-betul menyusahkan rakyat. Lagipun tak terima kad merahpun..Notis hanya ditulis pada resit sahaja.

Selamba je kerani tu jawab "kami terima arahan.Tak dapat nak nolong...Kalau puan nak buat aduan sila ke bilik pegawai yang berkenaan". Jawapan yang sama ummi terima bila jumpa pegawai yang berkenaan. Sebenarnya polisi kami begini...Kalau tunggak air pengguna tidak melebihi rm48 ,LAP masih biarkan walaupun hampir setahun tak bayar...Tapi bagi pengguna LAP yang tertunggak melebihi rm 48 , mereka tak teragak-agak potong bekalan air.Lagipun kerja pemotongan ini telah diswastakan.Pihak LAP tak dapat untung apa-apa. begitulah penjelasan panjang lebar dari pegawai yang berkenaan.

Menurut kerani bayaran tu,kalau tak puashati hantar aje aduan pada pejabat mb...Biar dia tau cara macam ni menindas menyusahkan rakyat Berilah budi bicara untuk selesaikan masalah rakyat bukan MENINDAS....Sebagai rakyat marhaen apalah daya kita..melainkan bersungut melepaskan tention.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berkata benar walau pahit.

CELAKA kamu wahai penganut agama demokrasi.