Isnin, 2 November 2009

Korban Nabi Ibrahim..Nabi Ismail

Masa begitu pantas berlalu pergi.Kini tiba lagi musim haji.Maka berbondong-bondonglah ummat manusia menuju ke Baitullah mencari redha Tuhannya.Selamat berangkat teman-temanku ke Tanah Haram. Carilah redha Allah sebanyak mungkin.Mudah-mudahan kalian mendapat haji MABRUR. Untuk sahabatku Megawati dan suami ,Saudara Najib dan isteri semoga Allah merahmati kalian semasa berada di sana.Doakan juga kiranya kami dipilih lagi untuk sana.Sesungguhnya nikmat yang paling berharga tika kita menjadi TETAMU Allah.

Sempena dengan bulan haji ini marilah kita berpesan-pesan kepada kebaikan .Mudah-mudahan dengan peringatan sebegini dapat menguatkan lagi keimanan kita.Nabi Ibrahim a.s telah mengorbankan Nabi Ismail demi kepatuhan total kepada Allah.Nabi Ibrahim mempunyai Nabi Ismail sebagai lambang pengorbanan kepada Allah.Dengan segala kepatuhan Nabi Ismail bersedia untuk tunduk dan patuh.Walau apa juga hasutan syaitan cuba mempengaruhi Nabi Ismail,semuanya dapat diatasi dengan mudah.

Sewajarnya kita juga perlu mempunyai "Nabi Ismail" sendiri demi menunjukkan kepatuhan kepada Allah Subhanahuwataala.Apakah pengorbanan yang kita lakukan demi ISLAM yang tercinta ini ?
Di sinilah letaknya nilai pegangan dan perjuangan kita.Selagi kita sanggup berkorban demi ISLAM yang dianuti di situlah kita akan menjumpai kemanisan IMAN.Dan ianya tidak datang semudah lidah menuturkan kata-kata....

Semua praktikal ke arah pengorbanan SEJATI tidak dapat dilakukan kalau kita setakat pergi kerja balik kerja dan dalam perkataan lain tidak terlibat dengan JAMAAH.Susah untuk realisasikan kalau setakat alam kita dan tempat kerja sahaja. Kita perlu keluar dari kepompong hidup begitu dan terlibat dalam masyarakat setempat.Ambil tahu masalah setempat dan berusaha menyelesaikannya.Barulah kita akan dapat rasai peri perit perjuangan menegakkan makruf dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat .

Mudah-mudahan Allah tetapkan hati ini untuk berada dalam JAMAAH hingga akhir hayat.TAKBIR.