Isnin, 9 November 2009

Anugerah Allah buat Kami...

Rumah! oh Rumah! Setiap insan yang berkeluarga pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman sendiri. Besar ke , kecil ke , rumah tu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Untuk itu masing masing bercita-cita memiliki rumah sendiri suatu masa nanti...Begitu juga ummi. Tapi sepanjang hidup berkeluarga selama 16 belas tahun tidak termimpi atau berangan-angan untuk mendapat sebuah rumah yang besar. Apatah lagi rumah yang besar dan dibina di atas tanah yang luas yang mempunyai laman yang luas dan penuh dengan langskap yang cantik.Selalunya Ustaz kata biarlah kita menyewa sampai bila-bilapun kalau kita tak mampu membina sebuah rumah.Alhamdulillah berkat kehidupan berkeluarga ummi menumpang di rumah pusaka Arwah Atuk dengan sedikit renovation. Sebelum tu pindah rumah masuk kali ni 7 kali dah. Akibat politik jahat UMNO. Bagi keluarga pejuang macam ummi ni politik sakit hati UMNO dah jadi biasa...Apa tidaknya sikap terus terang dan berani Ustaz menggugat kedudukan mereka dalam masyarakat.Kemungkaran yang mereka lakukan ustaz ceramah dengan stail dan gaya yang tersendiri. Punyalah berbulu puak-puak taghut tu tak terhingga...Jalan terakhirnya mereka menggunakan talian hayat terakhir ialah menukarkan tempat keja ummi....Rupa-rupanya di sebalik semuanya itu ada manisnya..Allah tolong banyak perkara dan kekadang memang rezeki yang tidak di sangka-sangka.





Entahlah susah nak cakap ,bila tiba-tiba Allah kurniakan satu ilham dan kekuatan dari emak dan abah supaya ummi bina sebuah rumah di atas sekeping tanah milik emak. Entah datang kekuatan dari mana, Allah izin ummi berkira-kira nak tolak tapak rumah yang ada dua batang pokok durian itu yang mampu menghasilkan buah pada setiap tahun...Dengan sedikit modal yang ada rm 7 ribu terpaksa dikeluarkan untuk menambak 20 lori tanah...Akhirnya tapak rumah siap ditambak untuk membina sebuah rumah.



Proses mencari pelan mula difikirkan,maklumlah takde pengalaman nak bina sebuah rumah .Akhirnya ummi ada jumpa seorang pelukis pelan kononnya hebat dalam soal lukisan.Bayaran dikenakan boleh tahan juga rm1500 tanpa diluluskan oleh MBI.Selesai satu bab.



Pembinan rumah bermula setelah pihak pemaju sedia dengan sebut harga yang diberikan. Hitam putih perjanjian bedasarkan jaminan loyer sendiri dan dimatikan stem hasil.Harap-harap tak ada masalah . Dengan pinjaman peribadi Bank Rakyat ummi meneruskan hajat mengikut perancangan . Namun kita merancang,Allah merancang dan sesungguhnya perancangan Allah yang lebih tepat. Rupanya ummi dapat kontaktor yang buat rumah ini rekodnya buruk...Rumah yang dibina lewat dari tarikh yang ditetapkan. Ummi pantau segala kerja buat yang dilakukan,banyaklah kerja yang ummi kena "take over" dan sampai satu ketika kita pulak macam jadi kontraktor...Pengalaman sungguh.Alhamdulillah kini ummi mampu menarik nafas lega akhirnya rumah yang dibina akhirnya siap juga...walaupun kerja-kerja akhir ummi sendiri kena cari orang untuk sudahkan.



20 November 2009 akhirnya kami sekeluarga dapat pindah dengan selamat dengan sedikit tahlil ringkas ,jiran-jiran terdekat dijemput kami buat kuah durian dan pulut .Terima kasih Haji Ramli Batu Hampar yang pemurah sponsor satu bonet kereta!Harap-harap hijrah ummi kali ni adalah kali terakhir sebelum hijrah ke alam baqa.

Bercerita bab menyewa rumah orang ni ,memang banyak pengalaman yang Allah bagi...bermula sewa rumah kampung,rumah sewa papan,rumah taman tiga bilik hingga ke rumah guru ada cerita menarik di sebaliknya.Ada seorang penyewa tu, sampai sanggup terkeluar nak panggil polis untuk halau kami keluar dari rumahnya. Macam-macam laku manusia ni kalau terasa dirinya hebat sangat.Walaupun tahap pendidikannya sampai jadi pensyarah sekalipun kalau tak hormat orang dan rasa diri tu hebat dan kaya akan terjadilah seperti yang ummi alami ketika berada di Fasa 1A di Manjung dulu. Takpa semua pengalaman tu baik untuk mematangkan kita.Yang penting kita dengan Allah baik usah risau tanggapan orang.Itu perinsip Ummi.


Sedang eloklah waktu sekarang ni cuti sekolah ummi gunakan masa mengemas rumah. Syukur kepada Allah banyak-banyak kerana dengan limpah kurnia yang tidak TERHINGGA akhirnya kami mampu senyum berada di rumah SENDIRI.

1 ulasan:

Masjid Nurul Ehsan berkata...

Assalamualaikum, apa khabar ustaz, saya shahrul (panggilan "tabligh" - masa kat madrasah darul ulum).saya di taman medan yang tumpangkan ustaz masa ramadhan tahun 2009.Saya nak tanya adakah abang amin(madrasah darul ulum) masih berada di malaysia?.ustaz ada no telefon dia.besarlah hajat saya untuk menghubungi, saya minta maaf tidak dapat hadir pada majlis perjumpaan PERKASA kerana kekurangan sumber maklumat. .Diharapkan semoga Perak menjadi negeri daulah Islam.Insyaallah